Followers

Friday, 15 June 2012

TIADA PERBICARAAN TENTANG SCORPENE DI PERANCIS...



Isu Kapal Selam Scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a PEMBANGKANG telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya. Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong,

“SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”

Secara tidak langsung,namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.

SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis. Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Scorpene merupakan kebanggaan Navy People

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis. Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes Kapal Selam Scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi,orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian Scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata. Seharusnya, isu rasuah Scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen.

Ciri-ciri Scorpene
Selain itu,Datuk Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan Alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali. Malah,penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita.

Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai. Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun.

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu Scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai. Dengan pilihanraya semakin hampir, Scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Datuk Seri Najib.



5 comments:

Anonymous said...

Tak ada apa nak diherankan, dah nama dia pon pembangkang, kerja dia tak lain membangkang sajalah. Tengoklah sapa ketua dia Nuar, Karpal, Kit Siang, Ambiga, Guan Eng, kan ke semua kapir tu. Apsal nak marah sebab nama Nuar ada sekali, alo kalau dah main jubo, zina, halalkan gay tu Islam ke? Dah sah-sah kapir.

Anonymous said...

Tang Najib sumpah tu aku rasa boleh gak pakai, tapi tang Rosmah ni susah sikitlah korang nak convince aku. Bukan apa muka dia tu cam sial, cam tapai busuk.

Anonymous said...

Kalau kerajaan buat apa pon salah, tak pernah ada yang betol. Tapi cuba puak-puak pembangkang buat hal, semuanya betol, semuanya halal.

Anonymous said...

Yg paling aku tak boleh terima, nuar pegi Indonesial dan sebarkan cite kapal selam TLDM tak leh menyelam...ni dah kira pengkhianat negara ni...jenis yg kalau dia jadi PM pun layak diberi tabik jari tengah je..

Anonymous said...

Awww Nuar Brahim awwww...kesian rakyat Malaysia sebab asyik kena tipu saja dengan Nuar, Ambiga, Kit Siang, Guan Eng dan kroni-kroninya...yang paling banyak kena tipu Wan Jijah dan Nurul Ijah. Bapak dia nak cover isu sondol, isu yang melibatkan kewangannya, maka isu kapal selam akan di bualkan...itulah strategi Pakatan Haram Jadah yang ramai tak tahu. Satu lagi cuba tengok, kebanyakan penyokong Nuar Brahim ialah gay, les dan andartu...kalau korang tak caya cuba selidik fb penyokongnya...awwww kaki bontot yuuu