|
Hari Terbuka PHN |
TLDM memberi peluang
kepada masyarakat umum terutamanya penduduk setempat di sekitar Lembah Klang
untuk turut hadir ke Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah, Klang pada 30 Jun dan 1 Julai 2012 bagi memeriahkan
Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional.
|
National Hydrographic Centre |
Sambutan diadakan
bersempena dengan Hari Hidrografi Sedunia yang disambut pada 21 Jun pada setiap
tahun semenjak 2005. Matlamat utama hari terbuka ini adalah untuk
memperkenalkan bidang Hidrografi dan peranan PHN kepada masyarakat umum.
Pelbagai program telah dirancang bagi menarik minat para pengunjung seperti
aktiviti pameran dari beberapa agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara
langsung dalam bidang hidrografi di Malaysia.
|
Bangunan Pusat Hidrografi Nasional |
Para pengunjung awam turut
diberi peluang melawat KD PERANTAU dan KD KELANTAN di jeti PHN serta melihat
dengan lebih dekat pesawat Super Lynx. Beberapa siri pertandingan seperti
futsal dan acara sukaneka turut dibuka kepada golongan dewasa dan juga
kanak-kanak.
|
Jeti KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH |
No comments:
Post a Comment