Perasaan bangga sentiasa tersemat di hati sebagai seorang pesara Tentera
Laut Diraja Malaysia. Berkhidmat sebagai anggota TLDM sememangnya menjadi
catatan suka duka yang tidak dapat digambarkan. Segala usaha dan penat lelah
yang telah dilaksanakan oleh pemimpin atasan TLDM bersama anggotanya dalam menempatkan
TLDM di taraf antarabangsa sesuai dengan visinya iaitu TO BE A WORLD CLASS
NAVY.
Sejarah telah dilakarkan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu apabila majlis
perasmian penubuhan persatuan bekas TLDM cawangan negeri Sabah PBTLDM yang diadakan di Markas Wilayah Laut 2.
Majlis turut disaksikan oleh Panglima Wilayah Laut 2 YBhg Laksamana Muda
Dato’ Pahlawan Muhammad Roslan Omar.
Ahli Persatuan yang diraikan |
Penubuhan persatuan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim
antara anggota-anggota serta keluarga yang pernah terjalin semasa di dalam
perkhidmatan dan berusaha membantu dalam urusan kebajikan ahli-ahli dan
keluarga. Ahli PBTLDM juga menggalas tugas dan tanggungjawab untuk memastikan
PBTLDM terus maju serta semua ahli dapat sama-sama mengembeling usaha dan
tenaga bagi menaikkan nama PBTLDM.
Kepada yang berminat menjadi
anggota tentera jadikanlah paparan ini sebagai tauladan dan sempadan. Dengan
semangat seorang perwira aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang pernah
berkhidmat dalam Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia.
No comments:
Post a Comment