Kini SUARAM terkantoi lagi, mana ada
perbicaraan isu Scorpene di Perancis! Siasatan pihak Perancis akan mengambil
masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire
yang bertanggungjawab bagi kes ini. Selama siasatan pihak yang terlibat tidak
dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina
mahkamah. Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari
mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan
keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari
Perancis bukannya SUARAM.
Muka Penipu dan Kaki Fitnah |
Jelaslah, apa yang dilakukan oleh
SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai ‘bukti’ serta
membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk
penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis. Maka, secara rasminya SUARAM
boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat
aduan terhadap mereka.
Jika kita lihat perkembangan kes ini di
Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen
dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah
terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia. Ini kerana
DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk
memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua.
Hanya SUARAM yang menjadi pencacai pembangkang
Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan
Malaysia. Kerana pilihanraya semakin hampir dan pembangkang ketandusan isu dan
terpalit dengan pelbagai dosa dan kelemahan, itu saja!
1 comment:
Salam buat NTB, terima kasih kerana menyedarkan saya betapa Pakatan Rakyat dan SUARAM banyak membohongi saya. Saya dah cuba link yang sauadara beri dalam kenyataan sebelum ini dan memang saya tak jumpa apa-apa yang menyentuh perbicaraan kapal selam. Semoga ramai yang sedar bahawa kita semua ditipu oleh Pakatan Haram Jadah tu.
Post a Comment