Salam saudara Admin, mohon budi baik
Admin untuk menyiarkan artikel ini buat tatapan rakan-rakan seperjuangan diluar
sana….
PERGINYA
SEORANG PATRIOT
Tanggal
18 Jun 12 jam 1545H, TLDM digemparkan dengan kehilangan seorang Pegawai PASKAL
yang amat disegani. Lt Kdr Samrus Che Dan anak kelahiran Utara tanahair telah
pulang mengadap ilahi. Arwah meninggalkan seorang balu dan 4 orang cahaya mata
yang masih kecil serta tidak mengenal erti kehidupan…..
Sepanjang
tempoh berkawan dengan beliau, Arwah merupakan seorang yang cukup ceria, mudah
dihampiri dan sering berseloroh dengan loghat utaranya…cukup disenangi ramai.
Walaupun seorang anggota pasukan elit TLDM namun beliau tidak pernah angkuh
dengan kemampuan yang dimilikinya..itulah hakikat yang ada pada Samrus bin Che
Dan atau lebih dikenali dengan panggilan Sam.
Walau
apapun kini semuanya tinggal kenangan dan sesuatu yang sukar untuk dilupakan
apatah lagi 3 tahun dilanyak bersama…. ZAIN DIVISION …itulah yang jadi
kebanggaan kami.
Untuk
isteri dan anak-anak Arwah, tabahkanlah hati kalian, redholah dengan
kepergiannya….walaupun beliau sudah tidak bersama kita lagi namun ketahuilah
bahawa TLDM dan Int 45 bersama kalian. Janganlah kalian jadikan pemergian ini
sebagai suatu asbab untuk lemah, bangkitlah..buktikan kepada dunia bahawa darah
patriot yang mengalir di tubuh kalian tidak pernah luntur dan tidak gentar
untuk mengharungi arus kehidupan.
Penutup
kalam, sama-samalah kita sedekah ALFATIHAH buat arwah semoga beliau ditempatkan
dikalangan shuhada dan solehin…amin…
Takziah dari Navy The Best
13 comments:
Eh ini EX CO KD YU kan....Allah..dia ni baik gila bos...memang cool gila. Tak sangka dah tak ada dia, alfatihah buat arwah..amin.
Ni lah Co gua yang paling best, serious tapi praktikal bro. Cool abis wa cakap lu. Semoga Allah Taala tempatkan tuan bersama orang-orang yang soleh, amin.
Kenapa dengan pegawai ni? Apa sebab, accident ke dia.
semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang orang yang beriman... Al-Fatihah
Al fatihah utk beliau.... Semoga Allah merahmari arwah...
Al-Fatihah...Saya cuma pegawai PSSTLDM. Pernah bertemu muka dengan beliau semasa menjalani latihan lanjutan di KD SRI SANDAKAN 2010. Takziah buat keluarga Arwah..
Al-Fatihah.. N/403074
Al-Fatihah utk beliau, smoga rohnya d tmpatkan brsama-sama org yg soleh..aminnn. I bukan PASKAL tpi i pernah brkhidmat brsama arwah d KD SRI SEMPORNA. Seorang yg sentiasa senyum dan peramah tak pernah nak brcakap besar dan angkuh akan statusnya sebagai Pegawai maupun PASKAL. Dalam sedar tak sedar menitis air mata bila menulis ketika ini...Takziah juga buat keluarga arwahh..
Siapa tak sayu dan hiba apabila rakan sepengambilan pergi tanpa diduga. Kami training sama-sama, dari division yg sama, kena lanyak sama, kena hell sama-sama..arwah cukup best dan terbaeek. Semoga arwah ditempatkan bersama para syuhada, amin.
Salam takziah....semuga rohnya ditempat di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Kepada kaum keluarga, semuga tabah menghadapi dugaan. Al-fatihah.
ALLAHYARHAM SEORANG YANG SETIA SBG SAHABAT..,IKHLAS SERTA SUKAR DICARI GANTI..BAPANYA MENINGGAL DITANAH SUCI MAKKATUL MUKARRAMAH SBG SYUHADA KETIKA MENGERJAKAN IBADAH HAJI 3BULAN SETELAH PEMERGIAN ANAKNYA..SANGAT SAYU KETIKA SAYA MENGIMBAS KEMBALI PERKARA YG BERLAKU DIHADAPAN MATA..SUBHANALLAH..SEMOGA KEDUA AYAH DAN ANAK DIRAHMATI ALLAH SWT SERTA DITEMPATKAN BERSAMA SYUHADA & SAHABAT SAHABAT RASULULLAH SAW.. AL-FATIHAH.. CAPTAIN TG ZAMZAIRUL
My ex CO KD YU... al fatihah... Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman
Semoga arwah tenang di sana...
Post a Comment