Followers

Wednesday, 27 June 2012

KERAJAAN BANTU PESARA TENTERA


Ternyata hari ini, pengumuman yang dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi tenyata menceriakan rata-rata pesara tentera yang memilih berhenti awal dan tidak berdaftar di bawah skim pencen. Kerajaan membelanjakan RM 82 Juta dalam tempoh 3 tahun terakhir kepada 79,000 pesara tentera melalui bantuan secara purata RM 1,000 setiap tahun dalam jangka masa seumur hidup.


Bantuan yang diberikan ini dilihat lebih baik berbanding bayaran one off yang dituntut oleh Ali Tinju yang kononnya memperjuangkan kebajikan bekas tentera. Malah bantuan ini juga lebih baik berbanding bantuan negara maju lain yang hanya memberi bantuan kepada pesara berpencen sahaja.

Akta Veteran Tentera juga akan dikuatkuasakan setelah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menandatanganinya dan memperkenankan akta itu. Tujuan akta ini adalah bertujuan bagi mengkoordinasikan pengagihan bantuan secara adil dan sama rata kepada semua persatuan tentera yang didaftarkan. 


Kepada semua pesara yang tidak berpencen diminta untuk mendaftar sebagai ahli persatuan bekas tentera. Jangan kerana dek kealpaan dan kelalaian diri sendiri, kita menyalahkan kerajaan kerana tidak menjaga kebajikan bekas tentera. Tanggungjawab kerajaan telah dilaksanakan maka tinggal tanggungjawab kita untuk mendaftar sekarang ini..Ayuh kita berdaftar!!!!!!


1 comment:

Anonymous said...

Kenyataan Zahid tu jangan dok percaya sangat sbb aku dah masok 5 tahun berhenti navy haram tak dapat apa pon.