Pada tahun 2009, telah diusahakan sebuah buku
baru mengenai Insiden 13 Mei 1969, oleh seorang bekas tentera yang terlibat
secara langsung dengan peristiwa tersebut. Buku tersebut belum lagi
diterbitkan. Ianya berlainan daripada buku-buku 13 Mei yang lain kerana Buku
baru ini ditulis sendiri dari persepktif seorang anggota tentera. Ianya akan
menjawab Penafian Lim Kit Siang ini...http://www.malaysiakini.com/news/205480 .
Kami rasa sudah sampai masanya buku itu diterbitkan segera sesuai dengan isu
Lim Kit Siang menafikannya. Apakah LKS lebih bercakap benar daripada seorang
tentera yang merakamkan peristiwa itu!!!
Buat pertama kali
saya baru sahaja selesai membaca buku ’13 Mei Sebelum Dan Selepas’ yang
dikarang oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri kita yang pertama walaupun
buku tersebut telah lama ada dalam koleksi saya. Bagi saya, setiap tahun bulan
Mei pasti bertandang dan saya yakin rakyat Malaysia terutamanya yang lahir
sekitar tahun 1957-1962 tentu tidak dapat melupakan satu kisah hitam yang
melanda negara pada 13 Mei 1969. Satu tarikh kepada episod hitam yang sentiasa
segar dalam ingatan kita. Inilah buku yang menyatakan pandangan Tunku Abdul
Rahman terhadap apa yang berlaku.
Buku ini ditulis
oleh Tunku berasaskan pengalamannya yang lama sebelum dan semasa menjadi
Perdana Menteri serta bersandarkan sumber sahih yang telah diberikan oleh Polis
Diraja Malaysia. Keadaan ini berbeza dengan buku yang diterbitkan sebelum ini
yang menyandarkan penulisannya semata-mata kepada sumber diplomat dan wartawan
asing yang kesahihan sumbernya adalah diragui.
Dalam bab pertama
Tunku menekankan bahawa buku ini merupakan ikhtiar beliau untuk membuka mata
‘pendudok2 negeri ini (Malaysia) kapada hakikat2 yang sa-benar, dan membuka
segala kepalsuan dan perbuatan2 tipu helah, supaya dengan itu timbullah
kesedaran bagaimana kita semua dapat memainkan peranan masing2 dengan
sa-baik2nya untok masa hadapan negara kita’. Buku ini ditulis hasil renungan
Tunku ‘sa-lama sa-puloh hari dan sa-puloh malam’ sewaktu menerima rawatan dan
pembedahan mata di Hospital Universiti, Kuala Lumpur yang bermula 6hb Jun 1969.
Menarik sekali
untuk difikirkan apabila Tunku memulakan buku ini dengan satu puisi oleh John
Donne yang berjudul For Whom the Bell Tolls. Terjemahannya lebih kurang
seperti berikut:
Rusuhan di Kuala Lumpur |
Dalam
penelitiannya, Tunku merumuskan bahawa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 itu adalah
angkara golongan pelampau dan golongan komunis. Kedua-dua golongan ini,
tegas Tunku, sejak sebelum merdeka lagi berusaha untuk mencetuskan kekacauan
dalam negara. Golongan ini telah terlibat dalam mencetuskan ketegangan dalam
peristiwa hartal (1967), hukuman gantung (1968) dan pemulauan pilihan raya (1969),
perarakan mayat pada 9 Mei dan perarakan kemenangan oleh parti-parti
pembangkang pada 12 Mei 1969. Akibat provokasi golongan ini ketegangan kaum
terjadi dan rusuhan kaum berlaku.
Pada bulan April
1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin Omar telah dibunuh
dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. Mayatnya diconteng dengan cat
merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pilihanraya’. Hal ini menunjukkan
pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Tze Tung. Namun disebabkan
takutkan tindak balas orang Melayu, gangguan PRU dan rusuhan kaum berlaku,
berita pembunuhan yang kejam ini telah ditutup selepas kerajaan telah meminta
pihak keluarga dan pemimpin Melayu bersabar.
Rupanya, bukan
sekarang sahaja orang Melayu terpaksa bersabar atas tindakan orang lain, tetapi
sejak dari dahulu lagi. Itulah jasa dan pengorbanan orang-orang lama terhadap
negara. Berkorban hingga terkorban.
Pada 4 Mei 1969,
ketika tiga orang mata-mata telah melakukan rondaan di Kepong, pinggir bandar
Kuala Lumpur, mereka mendapati terdapat sekumpulan pemuda Cina yang menconteng
jalan dengan cat-cat merah.
Kumpulan mata-mata
tersebut telah dicabar dan dibaling dengan kayu api, ketul-ketul besi dan
besi-besi tajam. Kemudian pemuda-pemuda Cina tersebut telah melarikan ke
sebuah pasar lama. Rupa-rupanya kumpulan pemuda-pemuda Cina tersebut telah
bersedia dengan segala kemungkinan. Satu pergaduhan telah berlaku, ekoran
daripada itu satu tembakan telah dilepaskan oleh seorang mata-mata untuk
mempertahankan dirinya. Akibatnya seorang pemuda Cina yang berumur 24 tahun
bernama Lim Soo Seng telah cedera dan dikejarkan ke hospital, namun kemudiannya
mati selepas itu.
Mangsa Rusuhan |
Tunku Abdul Rahman
telah menerima cabaran yang hebat, bukan senang hendak menjadi pemimpin.
Seperti kata Tunku, “Memang mudah menabur janji yang kosong daripada
menunaikannya.” Kisah Tunku Abdul Rahman difitnah bahawa beliau bukan
Islam sebaliknya Siam banyak melukakan hati beliau. Bahkan atas jasa beliaulah
lahirnya Tilawah Antarabangsa, Masjid Negara, Persidangan Islam Antarabangsa
yang pertama kalinya menyatukan negara Islam di seluruh dunia dan lain-lain
lagi.
No comments:
Post a Comment