Lembaga Tabung
Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pendapatan tertinggi pernah dicatatnya
sepanjang 39 penubuhan organisasi itu berjumlah RM859.9 juta bagi tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2011 naik 14.4 peratus berbanding RM751.5 juta berbanding
tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Prestasi
memberangsangkan itu telah membolehkan LTAT membuat pembayaran dividen sebanyak
15 peratus dengan nilai berjumlah RM680.4 juta berbanding 14 peratus atau
RM616.3 juta sebelum ini.
Menurut Pengerusi
LTAT, Laksamana Tan Sri Anwar Mohd. Nor, rekod keuntungan yang dicapai ini
menunjukkan komitmen LTAT dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara berterusan
kepada para pencarumnya.
"Berdasarkan
kepada keputusan yang amat memberangsang, kami berupaya untuk membayar dividen
yang tinggi dan melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial serta
kebajikan demi manfaat anggota angkatan tentera serta keluarga mereka,"
katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment