|
Zaman penjajahan komunis di Tanah Melayu |
Lembaga Muzium
Negeri Sembilan akan menganjurkan pameran Kekejaman Pengganas Komunis di Muzium
Negeri, Jalan Sungai Ujong selama tiga
bulan mulai 3 Sept ini sempena program sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55.
|
Kekejaman Komunis Terhadap Anggota Keselamatan |
Pameran dalam
bentuk gambar, dokumen, senjata, peralatan dan model ini memaparkan
kekejaman pengganas komunis khususnya sewaktu zaman darurat di Tanah Melayu
(1948-1960) dan dibuka percuma kepada pengunjung.
|
Tentera Komunis |
Selain itu, satu
lagi pameran oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diadakan di perkarangan
Muzium Negeri selama tiga hari mulai 3 Sept. Katanya pameran ATM ini akan
menampilkan 'mock-up' pangkalan tentera dalam hutan, selain kenderaan dan
senjata yang digunakan ATM. Forum pengkisahan sejarah semasa zaman darurat akan
turut diadakan sempena perasmian pameran Kekejaman Pengganas Komunis ini pada 3
Sept.
NTB menjemput saudara saudari yang berkelapangan untuk
hadir mambawa anak dan cucu kita melihat pameran tersebut sambil beraya di
rumah sanak saudara di Nogori Sembilan. Sekurang-kurangnya anak cucu kita dapat
melihat sendiri kepayahan anggota keselamatan dan pemimpin kita terdahulu untuk
mendapatkan kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai ini. Semoga mereka
menghargai usaha jerit perih mereka yang memperjuangkan kedamaian dan kemerdekaan
kita.
|
Penghormatan kepada Perwira Negara |
No comments:
Post a Comment