Followers

Thursday 9 August 2012

NILAI KESETIAAN ANGGOTA KESELAMATAN



Anggota tentera meliputi 159,343 pengundi berdaftar di negara ini. Jumlah itu lebih besar daripada 108,205 pengundi polis. Itu data terkini setakat suku kedua tahun ini yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ketika ini anggota tentera terbesar menduduki Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kedua ialah di pangkalan TLDM Lumut, Perak.


Isu “pengundi pos” sering ‘membelenggu’ pemikiran anggota keselamatan terutamanya tentera. Pelbagai tohmahan dilontarkan dimana pegawai-pegawai atasan tertentu menandatangani atau memangkah kertas undi undi anggota mereka. Sepanjang rekod dalam 12 pilihan raya umum berdasarkan laporan melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM), walaupun tidak 100 peratus, namun sebahagian besar undi itu memihak kepada Kerajaan.

Ia mungkin disumbangkan oleh faktor keyakinan anggota keselamatan terhadap kerajaan yang telah memberikan yang terbaik dari segi perkhidmatan dan kebajikan mereka. Pentingnya undi anggota keselamatan kerana terdapat 200,000 undi pegawai dan keluarga mereka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen tertentu dimana undi anggota keselamatan menjadi undi penentu kepada kemenangan calon-calon. Biarpun penting tetapi mereka juga melaksanakan sistem demokrasi mengikut pilihan yang mereka tentukan.

Undi anggota keselamatan juga memperlihatkan tahap sokongan tidak hanya kepada pihak yang menjadi calon kawasan tertentu, tetapi keseluruhannya. Ia menggambarkan bahawa anggota keselamatan mahu bersama-sama dengan establishment.

Anggota keselamatan yakin bahawa kerajaan yang ada adalah kerajaan yang harus disokong kerana konsep mereka ialah pasukan keselamatan adalah pasukan yang taat setia kepada kerajaan yang memerintah. Jika ini terungkai daripada landasan asal, maka ketaatan dan kesetiaan itu boleh dipertikaikan. Dalam hal ini, kalau ketaatan, kesetiaan diterjemahkan dalam bentuk undi, maka jangan pula ada pihak-pihak mengatakan bahawa ini dipaksa. Ini seolah-olah adalah satu arahan sedangkan mereka sendiri yang reda untuk menyokong calon-calon parti kerajaan.

Undi anggota keselamatan mengandungi dua elemen penting.Pertama, undi pasukan keselamatan bukan undi dibuat melalui cara pos. Tetapi mereka dikehendaki mengundi awal. Ertinya istilah undi pos tidak betul. Mengundi awal ertinya mereka mengundi antara tiga dan empat hari lebih awal sebelum hari pengundian dijalankan. Ini bagi mengelakkan mana-mana pegawai atau anggota yang dikehendaki bertugas pada masa hari pengundian, jadi mereka mengundi awal.


Keduanya, dalam undi awal ini, SPR telah menentukan bahawa wakil calon berada di sepanjang pengundian dijalankan. Ertinya, ketika memangkah kertas undi itu dibuat, semua wakil calon berada di situ. Ini membuktikan bukan pegawai atasan yang mengarahkan pegawai tertentu untuk memangkah kertas undi tersebut.



No comments: