Sultan Muhammad V |
Timbalan Yang
di-Pertuan Agong Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menyeru semua peringkat
rakyat supaya meningkatkan semangat patriotisme yang cintakan negara. Baginda
bertitah semangat sedia berkorban demi negara perlu disemai dan disemarakkan
sepanjang masa selain tidak melupakan jasa dan pengorbanan pahlawan negara.Baginda bertitah
rakyat Malaysia yang berbilang kaum juga harus memelihara hubungan baik dan
bersikap toleransi antara kaum selain menjaga sensitiviti kaum.
“Sebagai rakyat
Malaysia, kita hendaklah berusaha dan berazam untuk terus menyumbangkan sesuatu
yang berguna sesuai dengan bidang masing-masing dalam mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan negara,” titah baginda.
Sultan Muhammad V
bertitah sejarah pembinaan dan kewujudan Malaysia amat berkait rapat serta
seiring dengan sejarah kepahlawanan pejuang negara bermula dengan perjuangan
penuh getir menentang tentera Jepun dalam era perang dunia kedua. Baginda turut
melahirkan rasa bangga dengan sumbangan bakti pasukan keselamatan di peringkat
antarabangsa khususnya dalam melaksanakan tugas di bawah panji-panji Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Baginda bertitah pembentukan negara dan pembangunan
ekonomi banyak bergantung kepada keamanan dan ketenteraman dalam negara. Bagi
mengenang kembali jasa-jasa pahlawan negara, baginda bertitah rakyat perlu
prihatin dengan memberikan bantuan serta pertolongan yang dapat meringankan
beban hidup mereka. Baginda turut mengingatkan kepada para pahlawan yang masih
berkhidmat agar meneruskan curahan bakti demi keamanan, kententeraman dan
kesejahteraan negara serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh
komitmen dan bersungguh-sungguh.
ALLAH HUAKBAR, DAULAT TUANKU
1 comment:
Saya amat mengkagumi kepimpinan Tuanku Sultan Kelantan, baginda boleh dianggap sebagai khalifah sejati. Keperibadian baginda perlu dicontohi. Dari zaman Tuanku Sultan Ismail lagi selaku Pengerusi Kehormat Rejimen Artileri sehinggalah kepada Sultan Muhammad ke 5 ini, baginda berdua tidak banyak kerenah sebagaimana pembesar lain yang jauh lebih rendah kedudukan mereka berbanding baginda berdua. Walaupun ada yang memandang rendah dengan cara baginda berpakaian yang hanya berjubah dan berkopiah, namun itu bukanlah ukurannya. Selaku bekas PTT Kanan di dalam Rejimen Artileri amat menyanjungi baginda.
Post a Comment