SYABAS dan
terima kasih kepada syarikat-syarikat kongolomerat yang sentiasa menyokong
Angkatan Tentera Malaysia. Syarikat-syarikat berkenaan telah menyumbang ribuan
ringgit kepada Tabung Angkatan Tentera Malaysia sempena sambutan Aidilfitri
yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Majlis penyampaian
Sumbangan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2012 kepada Angkatan Tentera Malaysia
telah berlangsung dengan amat meriah di dewan Auditorium KEMENTAH, Wisma
Pertahanan jam 10 pagi tadi. (2 Ogos 2012). Majlis berkenaan telah dihadiri
oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, YDP BAKTI
iaitu Y.A.Bhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Panglima-Panglima Perkhidmatan,
warga tentera dan awam KEMENTAH.
Untuk makluman pembaca,
majlis rasmi yang diadakan oleh para penderma itu merupakan acara wajib yang
dianjurkan pada bulan Ramadhan setiap tahun. Sumbangan tersebut akan
diagih-agihkan kepada para pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang
sedang menjalani operasi di dalam dan di luar negara termasuk yang sedang
menyertai misi PBB dan yang bertugas semasa hari raya kelak.
LTAT |
Antara penyumbang
terbesar sumbangan berkenaan ialah BAKTI, NADI, LTAT, BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD,
Affin Bank Berhad, WESTSTAR MAXUS, SAPURA, MISC BERHAD, ZETRO SERVICES PAKAIAN
SALING ERTI dan banyak lagi. Menurut senarai sumbangan penyumbang yang saya
perolehi, sejumlah 45 buah syarikat telah menyumbang dalam bentuk bantuan
kewangan yang hamper mencecah jumlah sebanyak RM1.56 juta! Itu belum mengambil
kira sejumlah 14 buah syarikat yang telah menyumbang makanan dan barangan
keperluan untuk hari raya kelak.
Bayaran zakat
sejumlah RM 1 juta oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan RM500,000
oleh pihak Affin Bank Berhad turut diserahkan dalam majlis berkenaan.
Kepada pegawai dan
anggota yang akan berkhidmat semasa Aidilfitri samada di dalam mahupun di luar
negara, kami mendoakan kesejahteraan kalian dan semoga Allah S.W.T membalas
segala pengorbanan yang dilakukan. Pengorbanan anda tidak pernah kami lupakan.
No comments:
Post a Comment