Followers

Friday 14 October 2011

Blog Pak Mail Tiada Kredibiliti

Gambar dipetik dari Blog Pak Mail
NavyTheBest terkilan dengan satu paparan artikel di laman blog Pak Mail klik di sini. Pak Mail tidak dilihat telah hilang ilham untuk berkarya, hilang maruah diri dan tidak mempunyai kredibiliti. Terpulang kepada Pak Mail samada untuk terima atau tidak, namun itulah hakikatnya. Maklumat yang ingin disebarkan biarlah tepat dan tidak diragui kesahihannya. Janganlah kita mempunyai niat jahat disebalik cerita yang kita wawarkan. Isu yang dibangkitkan Pak Mail kononnya kapal TLDM akan dijadikan tukun adalah satu tohmahan yang berniat jahat untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti warga TLDM keseluruhannya.


Kalau kita lihat secara terprinci telah dijelaskan (klik di sini) bahawa aset yang dilupuskan itu adalah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan bukannya aset milik TLDM. Jelaslah bahawa TLDM tiada kaitan dengan urusan tersebut. Tidak dinafikan bahawa aset tersebut adalah bekas kapal TLDM yang telah dijaga dan diselenggara dengan baik selama hampir 38 tahun. Namun setelah dilucutkan tauliah dan diserahkan kepada pengurusan APMM pada Jun 2005 (klik di sini), maka apa jua tindakan mahupun perancangan yang dibuat tiada kaitannya dengan pengurusan TLDM.


Justeru, NavyTheBest tidak faham motif penulisan Pak Mail yang mana menerusi tajuk yang dipaparkan jelas membuktikan wujud agenda negatif. NavyTheBest harap, Pak Mail berkaryalah dengan berhemah tanpa mengheret diri sendiri kelembah kehinaan. Mungkin apa yang akan diperkatakan ini akan menghiris perasaan Pak Mail namun perlu NavyTheBest tanya. Seandainya berlaku satu insiden dimana bekas isteri Pak Mail yang berkahwin dengan Mat Bangla, tiba-tiba lari mengikut Mat Afrika, wajarkah seandainya diwawarkan ISTERI PAK MAIL LARI IKUT JANTAN AFRIKA ??? Tentu ianya akan menaikkan kemarahan Pak Mail. Atas sebab itulah maka NavyTheBest sarankan agar Pak Mail berkarya dengan penuh prinsip.


Navy The Best.

3 comments:

Charlie Yankee said...

Gua rasa dah tiba masanya untuk gua write something kat forum ni. Gua dah klik kat blog catatan pak mail, oklah dia nak citer pasal pengalaman dia seolah-olah dia sorang saja yang berexperience dalam navy. Gua nak cakap sket, gua dulu Ex CMT dan gua serve PC 2 tahun setengah Beb kat Skuadron 14. Kalau nak citer pasal pengalaman semua orang ada pengalaman Beb, tapi gua tengok cara pak Mail tulis dia macam GOOD saja dan walaupun gua berenti 18 dan tak ada kene-mengena dengan navy, tapi gua tak respect lah bila lu dok kutuk dan citer yang bukan-bukan pasal navy. Paling tidak gua merasa pakai CPO CMT. Gua rasa Pak Mail lu jangan terlalu nak tunjukkan bahawa lu tahu serba-serbi, orang lain ntah hapa-hapa. Lu salah pak Mail, tengok cermin diri sendiri sebab tu kat blok navy ada cermin besar supaya senang orang macam lu cermin diri.

Usop Sontorian said...

Khabare. Wak rasa terharu bila baca catatan setiap orang terasuk yang di tulis ex navy pak mail. Wak juga hairan kenapa pak mail buat tajuk begitu sedangkan isinya lain. Wak lihat semua orang marah sama pak mail. Kesian juga wak sama dia, dah tua-tua masih kena marah. Itulah masalahnya bila kita buat cerita tak betul, orang marah. Wak cadangkan pak mail tukar saja tajuk cerita itu dan mohon maaf secara terbuka. Wak rasa itu lebih baik.

chor said...

salam dari chor

saya beranggapan pakmail seorang yang kecewa dalam tldm. pakmail sebagai seorang anggota tldm tidak lama dahulu sepatutnya setia dengan sumpah keramat yg telah ia lafazkan semasa masuk menyertai tentera.tetapi malangnya pakmail banyak meluahkan rasa kecewa semasa dalam perkhidmatan tidak lama dahulu.sudahlah pakmail cukuplah.. banyak dosa yg telah dilemparkan kepada tldm.insaflah pakmail.sedarlah segala duit gaji semasa dalam service tidak lama dahulu datangnya dari kerajaan.bersyukurlah pakmail dengan apa yang ada.kembalilah setia dalam mempertahankan negara dan janganlah jadi pembelot dan penderhaka.