Followers

Friday 21 October 2011

Pasukan Simpanan Imbangi ATM


Semangat anak watan yang harus disegani dan diteladani
Tertarik Navy The Best dengan artikel yang dipaparkan menerusi Utusan Malaysia (klik sini) yang menyentuh keupayaan pertahanan negara. Tidak dinafikan tanggungjawab tersebut tidak seharusnya diletakkan di bahu ATM semata-mata malah ianya juga merupakan tanggungjawab bersama setiap warganegara. Struktur ATM sedia ada walaupun mampu untuk mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta, namun ianya boleh diperkukuhkan menerusi pasukan simpanan yang mampu dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa sekiranya negara menghadapi situasi darurat atau peperangan.

Sejarah telah membuktikan bahawa Pasukan Simpanan ATM telah memainkan peranan yang signifikan dalam menguatkan keupayaan pertahanan negara. Mereka telah berganding bahu dan bekerjasama dengan angkatan tetap untuk memerangi musuh semasa pengisytiharan darurat serta konfrontasi Indonesia dan Malaysia.
Ia telah terbukti apabila hampir 180,000 sukarelawan tampil mempertahankan negara semasa menghadapi konfrontasi tersebut. Jelaslah bahawa kehadiran pasukan simpanan bukanlah seperti tohmahan sesetengah pihak yang berprasangka buruk mengenai penubuhan pasukan ini.

Ilmu kelautan yang tidak dapat dipisahkan dengan PSSTLDM
Sebagaimana negara lain, pasukan simpanan ATM bertindak sebagai sebuah angkatan yang menggandakan paras kekuatan yang diperlukan untuk mempertahankan kepentingan strategik semasa darurat, membantu operasi keselamatan dalam negeri apabila keadaan memerlukan dan bersedia membantu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menghadapi bencana alam atau lain-lain kecemasan. Sehingga kini ATM mempunyai seramai 60,000 anggota sukarelawan di seluruh negara yang terdiri dari pelbagai lapisan bangsa dan latar belakang akademik.

Semangat kental sebeginilah yang harus diteladani dan dihargai. Syabas Pasukan Simpanan.

Sedia Berkorban. Navy The Best.

1 comment:

chor said...

syabas kepada tldm