Followers

Monday, 10 October 2011

Tentera Laut DiRaja Malaysia



Sebagai anak watan, kita seharusnya berbangga dengan perkembangan yang wujud di dalam TLDM. Bermula dengan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve pada 27 April 1934 di Singapura  kemudiannya diiktiraf sebagai Royal Navy Malay Section ataupun Malay Navy dengan kekuatan seramai 400 orang anggota. kekuatan mereka seterusnya meningkat kepada 1450 orang apabila perang meletus di Asia Tenggara dan apa yang membanggakan ialah apabila Malay Navy menampakkan taringnya apabila berkhidmat bersama Royal Navy di medan operasi di Lautan Hindi dan Pasifik. Salute kepada wirawan negara pada ketika itu. Seterusnya pada 4 Mac 1949 Malayan Naval Forces (MNF) dirasmikan di pangkalan HMS MALAYA di Woodlands, Singapura yang mana misi utamanya ialah untuk mengawal pesisir pantai bagi menghalang pergerakan serta bantuan bekalan kepada pengganas komunis melalui jalan laut. Pada bulan 29 Ogos 1952, Her Royal Majesty Queen Elizabeth 2 telah mengurniakan gelaran ‘Diraja’ kepada MNF, menjadikannya sebagai Tentera Laut Diraja Malaya (Royal Malayan Navy) di atas perkhidmatan MNF yang cemerlang. Mulai dari tarikh tersebut RMN mula berkembang pesat dan mula menonjol apabila berjaya menyertai beberapa siri latihan dengan Royal Navy dan Tentera Laut negara Komanwel yang lain. 



Pada 12 Julai 1958, Royal Malayan Navy secara rasmi diserah kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan bermulalah episod baru dalam lipatan sejarah RMN. Walaupun hanya berbekalkan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal penyapu ranjau (minesweeper) kelas HAM, dan 7 buah kapal patrol namun RMN tidak mengaku kalah. Perairan negara dikawal sebaik mungkin. 
Active Image
Active Image
Jeti Tentera Laut Diraja Malaya di Woodlands, Singapura
Sejak dianugerahkan Kapal DiRaja pada 16 Sep 1963, TLDM kini pesat berkembang sejajar dengan kemajuan ekonomi negara. Sesungguhnya, usaha gigih anak-anak watan yang menerajui TLDM harus diberi pujian. Kini TLDM bukan lagi The Green Water Navy, TLDM kini berganjak setapak lagi ke depan menjadi The Blue Water Navy.

Navy The Best.

Dipetik dan diolah dari http://www.navy.mil.my.

2 comments:

Usop Sontorian said...

Khabare navy the best. Akhirnya Wak jumpa juga blok yang nak cerita pasal navy. Tapi rasa Wak ini blok baru ni. Tak apa lah, yang penting navy the best kena rajin keluarkan cerita dan paparkanlah sikit perkembangan navy. Paling tidak ada juga hiburan Wak. Kalau nak temuramah Wak pun boleh. datang saja ke Parit Sonto, tapi pengalaman di rumah setor tu adalah. Kalau nak tanya Wak pasal kapal, susah sikitlah Wak nak cerita. Wal naik kapal dua tahun saja, tapi selalunya Wak tumbang, tak tahan Wak dengan gelombang.

Wak bila nengok gambar PULAREK Berek TLDM Woodland ni, Wak rasa nak menangis pun ada sebab di sinilah tempat asal kelahiran Wak dalam tentera. Berbagai cerita ada di situ, yang manis, yang kurang enak pun ada, lebih-lebih lagi kalau PTI mula tiup wisel..gigil Wak dibuatnya. Tapi itu semua bagi Wak satu kenangan yang menyeronokkan.

Navy The Best said...

Terima kasih kepada Sdr Usop Sontorian atas komen yang membina. Insyaallah, saya akan bekerja dgn lebih keras utk memastikan paparan yang bakal saya keluarkan mendapat tempat di hati pengunjung.