Followers

Friday 21 October 2011

FENNEC TLDM Buat Jasa Lagi



PDFPrintE-mail
fennec 1











Tentera Laut Diraja Malaysia sekali lagi berjaya membuat 
penerbangan ihsan membawa organ dari Hospital Raja 
Permaisuri Bainun, Ipoh ke Hospital Kuala Lumpur pada 
petang 19 Oktober 2011. Pesawat FENNEC dari Skuadron 502, 
Markas Udara TLDM yang berpangkalan di Lumut telah berjaya 
membawa dua organ penting iaitu berupa jantung dan paru-paru. 
Dua organ ini terbangkan bagi dipindahkan kepada seorang 
penerima yang menunggu di Institut Jantung Negara (IJN), 
Kuala Lumpur. Dalam penerbangan ini, turut bersama ialah dua 
orang pakar jantung dari IJN iaitu Dr. Mohd Ezani Bin Md Taib 
dan Dr. Mohd Nazeri bin Nordin. Penghantaran organ melalui 
penerbangan dibuat mengambil kira jangka hayat organ tersebut 
yang hanya boleh bertahan sekitar empat jam sahaja selepas 
diperolehi dari penderma. Kecekapan TLDM mengatur gerak 
pesawat telah mempercepatkan lagi misi penghantaran organ 
tersebut berbanding penggunaan jalan darat dan telah memastikan 
organ tersebut berjaya sampai ke IJN dalam tempoh yang lebih singkat.

Menurut Puan Jamaliah bte Kario, Penyelia Jururawat 
merangkap Penyelaras Kanan Transplan Kebangsaan, Hospital 
Kuala Lumpur, penggunaan laluan udara membolehkan organ tersebut
dibawa dengan lebih pantas dan prosedur pembedahan pemindahan atau
transplantasi jantung dapat dijalankan segera sebaik sahaja organ tersebut 
tiba. Pesawat FENNEC diterbangkan oleh Juruterbang Leftenan Komander
Sirajuddin bin Kamaruddin TLDM serta dibantu oleh Leftenan Hazrizy bin 
Ramli TLDM telah diterbangkan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh 
pada jam 4.56 petang dan selamat mendarat di padang awam Hospital Kuala 
Lumpur sejam kemudian sebelum dibawa ke IJN.

Untuk rekod, penerbangan ihsan melibatkan pemindahan organ ini merupakan 
yang ketiga dilaksanakan oleh TLDM. Pada Februari 2010, TLDM berjaya 
membantu pemindahan organ jantung dengan menerbangkan organ dari 
penderma di Hospital Pulau Pinang ke IJN. Sementara, pada Disember 2009, 
pesawat TLDM berjaya membuat penerbangan pemindahan organ jantung 
dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dalam membantu Tan Geek Koon 
yang pada ketika itu berusia 40 tahun memperolehi jantung baru dalam
transplantasi jantung bagi menggantikan dan menamatkan penggunaan jantung 
mekanikalnya.


Navy The Best

Petikan dari Laman Web TLDM (klik sini)

No comments: