Followers

Wednesday 19 October 2011

KD MAHAWANGSA SELAMATKAN RAKYAT INDONESIA

Petikan Asal dari Utusan Malaysia;
Mahawangsa memang hebat

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Kapal Diraja (KD) Mahawangsa milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan tugasnya membantu sebuah bot nelayan Indonesia yang mengalami kerosakan enjin di lokasi lapan batu nautika barat Tanjung Piai, Johor, pada Isnin lalu.
Markas Tentera Laut dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, KD Mahawangsa sedang melakukan rondaan rutin di perairan Johor apabila menerima isyarat meminta bantuan daripada awak-awak sebuah bot nelayan.
Hasil siasatan dan pemeriksaan mendapati dua warga Indonesia berada di atas bot tersebut yang mengalami kerosakan enjin dan mereka tidak dapat melakukan panggilan kecemasan kerana telefon bimbit kehabisan bateri.
Bot berkenaan yang berpangkalan di Batam sedang dalam perjalanan ke Pulau Karimun untuk menjual hasil laut.
Menurut kenyataan itu, KD Mahawangsa menghulurkan bantuan dengan mengecas telefon bimbit mereka dan memberi bekalan makanan serta minuman kepada nelayan terbabit.
Setelah memastikan nelayan tersebut berjaya menghubungi rakan mereka, KD Mahawangsa meninggalkan bot tersebut dan meneruskan rondaan di perairan Johor. - Utusan

Sumbangan yang dihulurkan walaupun nampak kecil, tapi bagi nelayan yang berada dalam situasi cemas tersebut tentunya merupakan suatu bantuan yang cukup bermakna. Syabas TLDM.

Navy The Best.

No comments: