Tanggal 21 Januari 2011 TLDM sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila warga Komandonya yang tangkas berjaya menyelamatkan sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika di Timur Oman. kapal Auxiliary TLDM Bunag Mas 5 menjadi platform utama Komando PASKAL dan sebagai platform perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel sepanjang beroperasi di Teluk Aden. Dalam kejadian penawanan tersebut, 7 lanun bersenjatakan rifel AK-47 dan pistol telah menawan MT Bunga Laurel bersama 23 anak-anak kapalnya.
Namun kemantapan perancangan Komando PASKAL yang terlatih, telah berjaya menyelamatkan nyawa krew dan kapal MT Bunga Laurel tanpa sebarang kecederaan. Manakala kesemua tujuh lanun berkenaan berjaya ditahan manakala tiga daripadanya cedera ketika berbalas tembakan dengan Komando TLDM.
Kini terang lagi bersuluh, kehadiran TLDM dalam persada maritim antarabangsa membuahkan hasil dan Operasi Fajar yang bermula Julai 2008, memperlihatkan kekuatan TLDM dalam menjaga kepentingan aset negara.
Navy The Best.
Sumber (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm)
3 comments:
Khabare. Wak tak nafikan Paskal memang terbaik dan handal. Wak dulupun nyaris-nyaris nak masuk Paskal, tapi bila Wak tengok subuh sudah mula berlari, hentinya jam 8 Wak terus tak sanggup, Wak ni semangatnya ada, tapi Wak lemah sikit bila nak kena berlari jauh-jauh. Tambah pula awal pagi. Sepanjang Wak dalam navy dululah, bila ada latihan saja, Paskal ni mereka buat dengan bersungguh-sungguh, tak macam kita. Wak tabik lah pada mereka.
TLDM telah banyak mencipta nama Malaysia di persada antarabangsa, antaranya melalui Ops Fajar....
Tahniah kepada TLDM terutamanya PASKAL.......
- Dolphin -
saya mmg minat paskal.bagi sy paskal adalah pasukan yg terbaik dalam pasukan komando didunia.syabas tldm
Post a Comment