Siapa sangka cempedak menjadi nagka. Pengumuman badjet 2012 oleh YAB PM amatlah menggembirakan para perajurit Negara dan termasuklah bekas wirawan, wirawati serta balu dan duda mereka. Dalam keadaan ekonomi yang tidak berpihak kepada kerajaan, namun YAB PM masih mampu memberi suntikan kepada warga tentera. Walaupun semua penjawat awam menerima bonus yang sama, namun untuk bekas wirawan dan wirawati Negara mereka diberi insentif lain. Mungkin ramai yang berpendapat ianya adalah gula-gula politik, namun hakikat sebenarnya ialah penghargaan yang diberikan oleh Negara kepada mereka.
Mungkin ramai yang tidak tahu akan keperitan yang telah mereka lalui sebelumnya. Apa yang kita lihat pada hari ini ialah hasil usaha gigih, pengorbanan mereka para wirawan dan wirawati Negara untuk menentukan keselamatan Negara dari pencerobohan anasir-anasir jahat. Sedarkah kita bagi mereka celik mata sahaja, apa yang terdetik dibenak mereka ialah operasi, musuh, nyawa, bantuan operasi , mabuk laut, dan berbagai lagi? Kita jarang memikirkan aspek tersebut, apa yang kita tahu apabila celik mata sahaja, hidupkan injin kenderaan, pergi kerja, hari minggu berkelah, jalan-jalan bersama keluarga. Kita tidak pernah memikirkan soal keselamatan, soal musuh. Sedarkah kita bahawa sesebuah Negara tidak akan melonjak ekonominya dan tidak akan bercambah kemajuan kalau keselamatan Negara berceramuk.
Itulah tugas mereka wirawan serta wirawati Negara, keselamatan Negara dan kesejahteraan menjadi matlamat utama mereka, keluarga jatuh ditangga kedua. Justeru, jagnalah dibuat andaian negative terhadap penghargaan Negara kepada mereka. PERJUANGAN KAMI IKHLAS, TIADA SIMPATI YANG KAMI PINTA, SEKADAR SEDIKIT RASA HORMAT.
Navy The Best.
No comments:
Post a Comment