Followers

Sunday 16 October 2011

Kebajikan Keutamaan TLDM


Aspek kebajikan merupakan aspek penting di dalam TLDM dan menerusi Divisional System, segala kemelut yang membelenggu anak-anak kapal akan diketengahkan. Atas factor kebajikan jugalah maka Markas Angkatan Kapal Selam dengan kerjasama Pusat Perubatan Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Kota Kinabalu menyempurnakan majlis penyerahan peralatan bantuan kerusi roda kepada adik Nur Syazleena seorang Kanak-kanak Istimewa (KKI). 


 “Saya amat terharu dan amat bersyukur kehadrat ilahi atas kurniaan ini. Saya ingin mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan TLDM kerana keprihatinan mereka dalam menjaga kebajikan anak saya,” Azlie.

 Acara ini merupakan satu bukti jelas kesungguhan pucuk pimpinan TLDM untuk mewujudkan suasana persekitaran kerja yang kondusif melalui penekanan terhadap kualiti hidup warganya.

No comments: