Followers

Thursday 20 October 2011

TLDM Dan Strategi


Penembakan misil oleh kapal Korvet
Dalam mengharungi usia 77 tahun, TLDM telah memberikan satu   kepuasan kepada rakyat Malaysia lantaran kemampuannya menjaga kedaulatan Maritim Negara. Warganegara sememangnya amat berbangga dan berterima kasih atas segala usaha dan tanggungjawab yang dipikul oleh TLDM.

Sepanjang tempoh tersebut banyak sejarah telah dilakarkan TLDM  terutamanya dalam MOOTW "Military Operation Other Than War" dijalankan dengan jayanya menerusi "Operasi Fajar". Operasi Fajar telah mengharumkan nama negara apabila tugas pemastian keselamatan dan iringan ke atas kapal dagang dan awam di Teluk Aden, Somalia dari ancaman lanun dilaksanakan dengan cemerlang. Kecemerlangan TLDM dalam operasi ini turut mendapat penghargaan negara serantau apabila berjaya menghalang tindakan lanun merampas kapal dagang milik India dan China, dua negara kuasa besar ketenteraan Asia!

KD LEKIR
Rentetan dari kejayaan operasi TLDM yang mula mengorak langkah menjadi Blue Water Navy sepenuhnya, ramai pemikir dan penganalisis ketenteraan bersependapat bahawa telah tiba masanya untuk TLDM menambahkan asetnya. Walaupun tidak bertindak sebagai sebuah Armada yang ofensif, namun sebagai sebuah Armada yang defensif, aset yang dimiliki oleh TLDM perlu dipertingkatkan baik dari aspek kualiti mahupun kuantiti. Namun permasalaman timbul apabila melihatkan pemilikan aset TLDM kini, satu halangan paling besar untuk mencapai tahap ini.

Aset APMM
Keseluruhan aset yang wujud di dalam inventori TLDM sehingga kini dilihat tidak mencukupi untuk digerakkan bagi tujuan mempertahankan sempadan negara yang luas meliputi Selat Melaka, Selat Tebrau, Laut China Selatan dan Laut Sulu. Namun sebagai sebuah angkatan yang tidak mudah beralah, pelbagai strategi telah dicaturkan oleh TLDM menerusi in-support element yang sedia ada. Antaranya ialah agensi seperti TUDM, APMM dan PDRM Marin. Menerusi konsep inilah maka sehingga kini kedaulatan maritim negara masih mampu dikawal dengan baik.

Navy The Best.

No comments: