Lokasi Kepulauan Spratly. Ada berani!!
Berbagai cerita rekaan, tohmahan dan tuduhan telah disiarkan oleh blogger-blogger mengenai insiden Fast Attack Craft (FAC) KD Pari yang tenggelam. Benar kata Askar Setia, kesemua 'tukang karut' tersebut tidak langsung memiliki apa-apa pengalaman mengemudi kapal mahupun pengetahuan tentang kapal.
Kapal Peronda PRC yang kelihatan berhampiran Spratly's Island |
Berlakunya sesuatu insiden dalam dunia ini bukanlah satu perkara yang pelik. Ianya berlaku mengikut kehendak qada dan qadar Allah dan tidak terkecuali kepada KD PARI. Insiden separa tenggelamnya KD PARI berlaku sewaktu krew kapal hendak memenuhi keperluan tugas untuk melindungi perairan Malaysia daripada dicerobohi oleh kapal People's Republic of China (PRC). Apa yang menyedihkan ialah apabila belum sempat pihak TLDM membuat siasatan terperinci, ada bloggers pro-pembangkang yang berkepentingan seolah-olah kemaruk untuk mensensasikan insiden ini. Pihak bloggers ini pula mendapat maklumat daripada individu yang bersifat anti-establishment dengan motif untuk discredit TLDM. Usahlah kita jadikan TLDM sebagai sasaran atau punching bag untuk memenuhi kepentingan peribadi dan politik. Apa jua keadaan, TLDM sebagai organisasi yang profesional dan komprehensif akan terus kredibel dan relevan dalam mempertahankan perairan negara.
Apa pun musibah yang berlaku, kita perlu memberi penghargaan kepada 9 Pegawai (terutama Pegawai Memerintah) dan 27 anak kapal KD PARI yang telah berjaya merapatkan kapal tersebut di jeti Pulau Layang-Layang dalam keadaan kapal yang amat kritikal. Kejayaan ini adalah hasil daripada tindakan pantas dan kecekapan krew kapal KD PARI. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana perasaan mereka pada waktu tersebut, apa yang pasti ialah mereka telah mempamerkan tahap kompetensi, semangat juang dan kebertanggungjawaban untuk menyelamatkan harta kerajaan yang terhasil melalui latihan dan disiplin yang tinggi.
Navy The Best.
Sumber: Askar Setia
1 comment:
syabas tldm
Post a Comment