Followers

Sunday 5 August 2012

JANGAN HINA ANGGOTA ATM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat tidak menghina anggota keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang merupakan tonggak kekuatan negara.Sehingga kini ujar beliau, masih terdapat segelintir rakyat yang tidak sedar pengorbanan anggota keselamatan itu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

"Tiada pengorbanan yang lebih besar daripada kesanggupan mereka mempertaruhkan jiwa dan nyawa demi kepentingan negara."Bagi rakyat jelata, ada yang tidak sedar betapa besar peranan pasukan keselamatan ini," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada 49 penerima terdiri daripada balu, anak yatim dan pesakit kronik di dataran pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia. Perdana Menteri berkata, disebabkan pengorbanan anggota keselamatan itu juga rakyat di negara ini dapat menjalani kehidupan dengan aman dan selesa tanpa peperangan. "Atas sebab itulah kita tidak boleh hina anggota keselamatan kerana mereka tonggak negara dan sebab merekalah negara kita bebas," katanya.


1 comment:

Anonymous said...

Sape yang dok hina ATM tu keparat namanya, mereka tahu tak tanpa ATM mereka tak leh nak tidor lena, makan dengan kenyang dan beranak pinak macam sekarang. Inilah dasar manusia, bila susah dulu, ATM lah baik, ATM lah penyelamat bangsa, segala-galanya ATM lah...bila dah senang lenang, duduk goyang ponggong...ATm ditarbi nya...kurang jaqqqq