Followers

Thursday 27 October 2011

DAKWAAN HARAKAH TANPA USUL PERIKSA

Jampi serapah amalan khurafat
Kelak di akhirat azab ditanggung
Janganlah dituduh tanpa siasat
Kelak malu tiada tertanggung

Alangkah terkejutnya apabila menerusi Harakah Daily sebuah akhbar berkonsep perjuangan Islam membuat tuduhan tanpa usul (klik disini). Pada kefahaman NavyTheBest, menerusi pembacaan dan sedikit pengetahuan mengenai ajaran Islam, sebelum sesuatu tuduhan dibuat, ianya hendaklah disiasat samada usul yang diketengahkan tersebut benar atau satu tohmahan kerana ianya melibatkan aib seseorang mahupun sesebuah organisasi. Mungkin ada hadith atau kitab lain yang dirujuk oleh pihak Harakah, Wallah Huaklam. Namun seandainya cara sebeginilah yang digunakan oleh Harakah dalam memperjuangkan Hudud, maka tidak salahlah apabila banyak pihak yang tidak menyokong perlaksanaan hukum tersebut. Sebagai contoh yang boleh dikaitkan dalam isu ini ialah apabila:
"Abu mendakwa Ahmad mencuri basikal, maka diwawarkan digenap pelusok kampung bahawa Ahmad seorang penjenayah berat kerana mencuri basikal. 
Atas tuduhan tersebut Ahmad dipotong tangannya."
NavyTheBest yakin dakwaan tersebut akan disangkal oleh Harakah kan? Sebab NavyTheBest yakin pihak Harakah akan menyatakan bahawa:
"Dalam perlaksanaan hukum hudud, dakwaan yang dibuat terhadap sidituduh akan disiasat terlebih dahulu sehinggalah terbukti dia melakukannya, barulah perbicaraan dibuat dan seterusnya hukuman akan dijalankan."
Percaya atau tidak itulah jawapan yang akan diberikan. Berbalik kepada tuduhan yang dibuat oleh Saudara Kamarul Nizam bin Kassim (berbaju jingga disebelah kiri Ketua Penerangan Dewan PAS Sabah), persoalan yang wujud ialah kenapa Harakah tidak mengambil inisiatif yang sama, periksa dahulu, siasat dahulu, buat semakan dahulu dengan TLDM, benarkah dakwaan tersebut.....atau adakah cukup sekadar merujuk dengan Kamarul Nizam dan Calon PAS Sitiawan Barat????
Kalau inilah caranya, bukanlah bermakna NavyTheBest menolak aturan Allah Subhanahuwataala, namun hakikat bahawa perlaksanaan sesuatu hukuman yang dibuat oleh pihak PAS dan Harakah terhadap TLDM tidak sebagaimana yang diwawarkan kononnya bersikap telus dan adil. Jelaslah banyak lagi yang perlu Harakah pelajari.

Kepak kepuk kantong berbunyi
Ingatkan syiling rupanya kosong
Bertepuk biarlah mengikut tari 
Kelak disindir mulut terlopong

Navy The Best

29 comments:

Anonymous said...

Ek eleh, apa ke bodoh la perantis ni, ni lah masalahnya bangsa nak bersuap serba-serbi. Graduan konon, tengok slip spm sket wehh. Sedar diri sket, aku dulu pegwai latih kat Pelandok aku tahulah, janganlah nak cong lebih-lebih. TLDM dah usahakan diploma ngan UTM pon dah sket baik. Kita orang tak leh sambong, no hal pon, kat luar boleh idop jugak, usahalah wehh, kalau dah dasar LLP tu LLP jugak, semuanya nak bersuap, mampos lagi baik. **Angry Lady Bird**

Anonymous said...

aku pon panas nie..navy da bg korg diploma free.bg macam2 pastu korg buruk-burukkan nama navy.korg nie org jenis pe ek.x berterima kasih langsung.aku proud la korg da KELUAR dari navy nie.kalo x korg2 ni la yg sabo n nyusahkan pentadbiran navy.cr la bender elok n baik cket kat luar 2.xperlu la nak jual nama n burukkan org lain.bukan leh jadi kaya or jadi wakil rakyat pon kalo burukkan navy.setakat diploma korg 2 jer yg korg ader.sedar dri dlu beb.gua mmg PANAS ngan lu org ni.kalo gua dapat saper mamat 2 ko siap la.better lu watchout!!

Anonymous said...

erkk, komentar berbaur sinis,,,kat sini pun nampak sapa tembak sapa, kalau tak silap dari ayat julpikar n k.nizam tu mereka cuma mahukan perkara ini diurus dengan lebih baik, so jalan mana lagi harus dituju? pembangkang sahaja la... wahai Puan Pegawai, mungkin saya dulu pun bekas anak didik Puan juga, tp sekarang selepas berhenti Navy masih mampu juga saya bekerja dan berpendapatan, tak elok cakap LLP mcm tu, kalau takde LLP, pegawai mampu bekerja ke? tuding jari je boleh la kan.. **Non-angry Bird**

Anonymous said...

dalam hal ni mmg tak sepatutnya mamat tu pegi laporkan benda ni dengan PAS. dah tentu2 dia tgh cari point nak kutuk government tapi yang terkena secara langsung TLDM tu sendiri. Saya setuju LLP juga tak patut disalahkan pasal mamat sekor ni. Kita sama2 keje cari makan dan saling bergantungan. Mamat ni je yang tak reti2 masa dlm navy dulu. Aku tgk ramai je DTM yang masih keje sampai skrg elok je. Kan dah diberi pilihan, dah dpt diploma nak berhenti pun bole nak sambung pun bole.. So kalu dah pilih jalan nak berhenti jangan salahkan sistem. Salahkan diri sendiri. Ni dulu berhenti sbb nak duit graduiti. Dah habis duit, baru nak salahkan navy.. apa benda la dia ni.

Anonymous said...

patot le ko kena buang angry lady bird.. minda reput,padan muka ko.. (cool man bird)

Anonymous said...

Kawan kita berhenti dapat juga diploma(se sen pun tak bayar)malah dibayar gaji.Kami yg SPM ni sampai pencenla tp shukur. Saudara,Syukurla sikit.Dah ambil keputusan berhenti tu hentila aje, jng nak salah sana sini. Adu pula dengan PAS(PR)keja nak kutuk je walau tanpa bukti.Apa gomen buat semua tak betul.Kadang2 apa yg bloger PAS/PR hentam NAVY terasa sedih juga,yg palatnya ex2 navy jg.Depa tak tau apa perasaan kami yg masih dlm serbis,terkilan jg.Kekadang apa yg dirancang tak semua akan sempurna.Apa pun navy tempat cari rezeki sampai pencen,Rela Menunggu, Sedia Berkorban.

Anonymous said...

Tak kisahla minda reput ke hapa ke, tp sebagai graduan sebenar aku boleh carik makan sendiri. X perlu nak menempel kat orang lain. Dah kontrak tamat so what! Yang penting usaha. Sorilah kalau llp lain terasa, tapi aku memang menyampah dgn perantis, pelajaran tak sebarapa, kerja bodoh nak mampos tp berlagak. Kalau nak dibandingkan dgn tek biasa, tek biasa lagi hebat tp tak menyombong pon. **Angry Lady Bird**

Anonymous said...

anyway only the best can stay.. angry lady bird slama ni ko kerja makan gaji buta je .. takde keuntungan bat tldm thats why u r out... ingat tldm bukan jab keb msykt. 1 more thing aku rasa yg bat aduan kat pas ni mesti ank murid ko kan.. hehehe (cool man bird).

Anonymous said...

sedikit pesanan bagi mereka yg minda reput..
kpd yg dh bsara.. generasi skrg adalah produk kita, kjayaan/kgagalan mereka adalah hasil atas tunjuk ajar kita dahulu.
kpd generasi skrg... buatlah yg terbaik utk kekal di dlm perkhidmatan krn anda akan meninggalkan pelapis yg akan mcerminkan generasi strusnya.

jgn nk slhkan org lain. (cool man bird)

Anonymous said...

Angry Lady Bird.............!
Cara komen kamu itu terlalu ego,nampak sangat tak profesional.....,
Siapa yang nak bersuap, bukan LLP la, dah terbukti PEGAWAI yang nak bersuap. Saya cadangkan, kepakaran PWP dibubarkan......... sebab pegawai tak perlu bersuap.....

Satu lagi, pegawai hanya pandai mengarah dan menuding, tak tau buat kerja pun.
Cuma pandai cari salah LLP ja, walaupun kesalahannya kecil, tapi bila pegawai buat salah walaupun sebesar manapun, dilindung.... kan... habis kuat pun tukar unit ja. Itu la pegawai yang tak sedar diri macam Angry Lady Bird.

Berbeza dengan perkhidmatan lain seperti TDM dan TUDM, sebab pegawai dan LLP TDM dan TUDM bekerjasama. Saya tahu sebab pernah bekerja dengan perkhidmatan tersebut. Memang jauh berbeza kalu nak dibandingkan dengan TLDM.

Apabila saya membaca komen Angri Lady Bird, dah dapat gambarkan Angry Lady Bird ni pegawai yang macam mana..........
Sebelum nak salahkan orang lain, perbetulkan diri tu dulu, jangan nak hina LLP sesedap hati ja........ Profesional sikit ok

Anonymous said...

29 Oct 2011 05:28

From: Dolphin

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Usop Sontorian said...

Khabare..Wak dah lama tak jengah NTB. Ramai jugak yang bersembang. Wak dah baca semuanya kira Wak fahamlah juga sikit perkara yang dibincangkan. Maaflah Wak mencelah, cuma nasihat Wak pada lady bird janganlah cakap begitu, Wak akur Wak juga pencen LLP tapi tak semua LLP berkelakuan seperti golongan yang dimaksudkan. Janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar, jangan disebabkan tempe kat Ulu Jempol kurang enak maka tempe Wak terpalit sekali.

Tapi maaflah kalau Wak komen sikit, masa Wak dirumah setor depan bomba dulu Wak memang rasa terguris sebab adalah seorang PO perantis yang Wak rasa baru 5 tahun kenal navy datang nak tunjuk lagak dengan Wak nak demand gyro repeter. Wak baru Lk dan baru 15 tahun servis. Wak tunjuklah degan dia barang tu, dia bilang bukan lepas tu mula marah2 katanya apalah orang setor tak tahu, tapi Wak saber, silapnya dia datang dengan LRM dia budak teknikal biasa, dengan sinis LRM cakap dengan dia bahawa apa yang Wak tunjukkan tu betul. Waduh, Wak tengok 5-6 inci tebal muka PO perantis tu. Kalau tak silap Wak lah dalam navy orang lama kapal selalu sebut budak perantis jonar. Entahlah Wak kurang faham, tapi masa Wak di Inderasakti dulu memang begitulah, Co Wak cukup kurang yakij kalau po perantis yang buat kerja, selalunya po tmk janggut yang jadi mangsa sebab dia orang lama.
Kata man bird tu Wak sokong juga sebab baki budak setor yang ada ramai juga anak murid Wak dan alhamdulillah semua ok. Tapi Wak tak pahamlah dengan budak navy yang komplen dekat harakah tu, bikin malu orang johor saja. Wak kenal budak ni, dia budak Muar. Walaupun dah hampir 3 tahun bersara tapi belum sekali Wak komplen. Patutnya dia bersyukur dia berenti dapat juga diploma, dah ada sijil carilah peluang kerja, tengok macam Wak Zul budak pontian tu, berenti cuma sebagai teknikal biasa tak ada sijil pon tapi dah berjaya dia sekarang, tapi iyalah Wak Zul tu banyak pengalaman dia repair barang kapal.
Tapi Wak syukur sebab Wak berjaya tempuhi segala ujian Wak dengan baik.

Anonymous said...

Saya dulu sememangnya daripada LLP cawangan kelasi. Saya juga berterima kasih kepada TLDM, kerana TLDM, saya kini melebarkan sayap menjadi ahli akademik yakni pensyarah di salah satu IPTA, juga pensyarah sambilan di IPTA dan IPTS di Malaysia. TLDM adalah pencetus kepada saya secara langsung dan tidak langsung untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam TLDM melalui pengajian sendiri (Bukan K-Force) bermula sijil, Ijazah Sarjana Muda, Master dan kini sedang melanjutkan pengajian PhD. Sebagai ahli akademik, saya tidak menyokong mana-mana pihak. Saya akan cuba memberi pandangan untuk kebaikan kita bersama.

Sebenarnya apabila TLDM memiliki segelintir pegawai yang tidak berilmu, kurang ajar, biadap, tak sedar diri, ego, terlalu emosi, PHD (Pingat Hasat Dengki) dan sikap-sikap negatif yang lain seperti Angry Lady Bird telah mencalar nama baik pegawai TLDM.
Firman Allah S.W.T bermaksud;
"Allah memberi hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Sesiapa yang diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Hanya orang yang berakal sahaja yang mengambil pengajaran."
Surah 2, Al-Baqarah (Lembu betina) : ayat 269.

Tidak semua pegawai TLDM seperti Angry Lady Bird. Bertaubat la Angry Lady Bird. Angry Lady Bird kena tahu, tanpa LLP, kapal perang TLDM tidak mampu digerakkan dan berlabuh. Yang buat keja pun adalah LLP. Jadi jangan suka-suka nak lepaskan cakap secara yang tidak berfaedah.

Satu lagi tak baik sekiranya kita mengatakan orang lain bodoh sebab setiap insan di muka bumi ini dilahirkan dengan memiliki kelebihan yang tertentu, dan terdapat juga kekurangan. kita tidak dijadikan dengan sempurna. Jadi tegur la baik-baik. Apabila kita terlalu marah menyebabkan tidak dapat mengawal emosi. Sebelum meluahkan perasaan dan pandangan, berfikir dahulu dan buat analisis, bukan dengan marah dengan sewenang-wenangnya ya.

Anonymous said...

29 October 2011 17:04
From

Anonymous said...

Dolphin

Anonymous said...

Saya membuat sedikit rumusan mengenai DTM,
Sebelum DTM dilaksanakan, seorang pegawai Kdr TLDM yang berwibawa telah membuat kajian dan memberi pandangan bahawa sekiranya DTM dilaksanakan, akan berlaku masalah seperti yang berlaku kini. Tetapi pandangan beliau diketepikan.

DTM dilaksanakan walaupun tidak mendapat kelulusan, ia dilaksanakan secara dalaman TLDM sahaja. Tetapi di atas sebab kepentingan peribadi, ia dilaksanakan juga. Ini adalah pembuatan keputusan peribadi.

Pengalaman saya sebagai ahli akademik, proses pembuatan keputusan hanya dibahagikan kepada 2 iaitu "Pembuatan keputusan Individu" dan "Pembuatan Keputusan Kumpulan". Populariti yang meningkat terhadap pembuatan keputusan berdasarkan kumpulan mencerminkan perkongsian kepercayaan yang semakin meluas bahawa kumpulan membuat keputusan menawarkan potensi untuk mencapai hasil yang mungkin tidak boleh dicapai oleh individu yang bekerja berasingan. Bagaimanapun, memperolehi manfaat dari kumpulan membuat keputusan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini adalah kerana terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian.

Dalam isu DTM, penggunaan Pembuatan Keputusan kumpulan adalah penting, bukan pembuatan keputusan peribadi untuk kepentingan diri. Disebabkan kesilapan mereka yang amat besar ini, warga DTM yang menerima akibatnya. Tapi mereka yang membuat keputusan secara peribadi hanya tersenyum sebab telah mengaut keuntungan yang besar. Pengalaman saya mengambil master, 1 semester tidak lebih RM2,500.00. Tetapi utk DTM 1 semester RM8,000.00 x 6 semester. Bayangkan berapa keuntungan untuk 1 peserta x 1,000 peserta.

Apabila mereka menutup periuk nasi orang lain, adakah mereka fikirkan nasib orang lain yang terpaksa menanggung isteri dan anak2. Adakah mereka pernah berfikir sekiranya ianya berlaku kepada mereka sendiri atau saudara mara mereka.

Firman Allah S.W.T. bermaksud:
"Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir anak-anak sungai daripadanya; ada pula antaranya yang pecah terbelah lalu keluarkan mata air daripadanya; dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedangkan Allah sekali-kali tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
Surah 2, Al-Baqarah : ayat 74.

- Dolphin -

Unknown said...

Thanks viewers for the comments. Discussion merupakan sesuatu yang amat menyoronokkan dan banyak ilmu serta pengetahuan yang dapat kita raih melaluinya, the more heads the more information and suggestion you gain, itu kata Edward De Bono. Somehow rather ianya mempunyai impak yang tersendiri yang mana sekiranya terlalu ramai ianya akan menjadi tidak terkawal. Justeru Navy The Best mengambil jalan tengah untuk meredakan situasi.

Kita semua akur bahawa kita amat sayangkan perkhidmatan TLDM samada yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara, kerana menerusi TLDM kita telah meraih banyak ilmu, baik secara direct mahupun indirect.

Kesemua kritikan yang diberi adalah baik, namun adalah lebih sesuai sekiranya ianya disampaikan dengan cara yang lebih berhemah sekaligus mencerminkan warisan dan budaya Melayu. Dalam aspek ini, Navy The Best ingin merakamkan rasa terhutang budi kepada saudara "Usop Sontorian" dan "Dolphin" atas kematangan komen saudara.

Terimakasih kerana menyokong Navy The Best. BZ.

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan 'Navy The Best'.....
Berilah komen yang membina, untuk kebaikan generasi seterusnya. Bukan dengan cara penuh emosi dan perasaan. Pada peramatan saya, tujuan blogspot 'Navy The Best' adalah untuk mendapatkan pandangan dan idea-idea yang bernas. Bukan dengan mengeluarkan kata-kata yang penuh emosi, kata-kata kotor, kesat dan kata-kata negatif lain.
Betul kan, 'Navy The Best'.....?

Komen la dengan profesional untuk mencerminkan kematangan, bukan seperti kanak-kanak yang baru nak belajar berkata-kata. Komenlah seperti berada di tengah-tengah untuk meleraikan pergaduhan...

- Dolphin -

Anonymous said...

saya amat tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh saudara saudari mahupun dari pegawai atau llp.Namun begitu apa yang diperkatakan oleh llp semua tak betul...llp ingatlah siapa yang merekemen anda naik pangkat,anjakan gaji..dan menyambung perkhidmatan sehingga anda semua boleh menyara keluarga dalam servis....apa yang di[perkatakan oleh angry lady bird adalah betul perantis diploma dari intake 180 memang biadap..sombong pengetahuan sikit nak berlagak tak sama dengan perantis zaman saya dahulu..dah la tu tak tahu nak respect pegawai atau anggota senior....untuk branch PWP adalah tradisi dalam pelayaran pelaut..tugasnya untuk layan pegawai..sehingga kini khidmat pwp masih diguna pakai dalam semua perkapalan mahupun kapal komersial atau navy..satu lagi salah siapa pilih untuk jadi pwp

Anonymous said...

Ah, aku dok baca dan prati je semua komen-komen di atas, 99.9% TLDM sailors (Officer/LLP).Ada yg mehentam,dan ada yg bagi komen membina.Sekarang,Buang yg keruh ambil yg jernih.Apa kata kita lupakan DTM, PWP, ALB. kita bincang utk namakan kapal latihan TLDM,ada jua faedah dan silapx dapat jua duit poket.Aku cadang nama KD TERUNA dan KD SATRIA, apa komen kalian.

Usop Sontorian said...

Khabare..maklumlah Wak dah pencen, ada kapal baru lagi ke? Kalaulah Wak diberi peluang beri nama, Wak ingat Wak nak taruk nama KD SONTO, sempena nama kampung Wak di Parit Sonto. Banyak sejarahnya tu, boleh juga Wak bekalkan tempe Wak. Wak dah pelbagaikannya, ada yang jenis rangup, ada yang campur lada hitam. Cubalah resepi baru Wak ni.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sudah2 la.........
1 kita tuding pada orang lain
sebenarnya.....
4 kita tuding pada diri sendiri........

Walaupun perbalahan ini dimulakan "Angry Lady Bird"
Biar kan mereka musnah dengan keegoan mereka sendiri.............

- Dolphin -

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

Navy The Best berpendapat, isu yang dibangkitkan ialah isu seorang warga DTM yang menggunakan saluran yang salah untuk mengenengahkan permasalahan peribadinya. Namun demikian diperhatikan disebabkan wujud komen-komen yang tidak membina seperti lady bird telah menyentuh sensitiviti pihak lain.

Dalam aspek ini Navy The Best mohon kerjasama pengunjung yang budiman untuk tidak memberi komen yang bersifat kebudak-budakan. Komen atau pandangan pengunjung setia amatlah dihargai namun biarlah ia bersifat intelektual dan matang.

Ianya adalah sejajar denagn konsep penubuhan blog ini yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pandangan ramai demi menjaga imej perkhidmatan yang sama-sama kita cintai.

Unknown said...

Navy The Best tidak berhasrat untuk remove mana-mana komen walaupun ianya agak keras. Bukanlah betujuan untuk memarakkan lagi api kemarahan, namun ianya untuk dilihat kembali oleh pengkritik berkenaan akan kelemahan yang wujud pada diri sendiri.

Ambillah iktibar dari kelemahandan kesilapan diri kita, insyaallah bangsa kita akan terus maju dan dipandang tinggi.

Anonymous said...

Saya bersetuju pandangan dan niat Navy The Best.....

Pada pandangan saya Navy The Best 'remove'kan bagi pengunjung yang memberi komen dengan kata-kata kesat. Ini menyebabkan berlaku dendam mendendam antara satu sama lain....

Dengan komen cara kebudak-budakan segelintir pengunjung blog ini telah menjadikan ia sebagai medan melepas perasaan dan tuding menuding....

Bagi saya pegawai yang berstatus PhD, sekiranya mereka mengunjungi blog ini pun tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat.

Saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat dalam komen ini, namun ada yang mempunyai sikap hina menghina. Sekiranya pihak Navy Thhe Best tidak 'remove'kan komen yang tidak sihat dan berpenyakit ini baik dari pihak pegawai atau LLP,
saya akan mengundur diri daripada memberi komen dan pandangan .......
Sebab saya malas nak layan cara kebudak-budakan mereka. Mood saya hilang kerana mereka.....
Saya harap Navy The Best gunakan kebijaksanaan untuk mengatasi masalah ini.....

Dengan ini saya memberikan penghargaan setinggi terima kasih kepada Navy The Best.....

- Dolphin -

Unknown said...

Setelah mengambil kira pelbagai aspek, Navy The Best berpendapat sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dan platform Navy The Best dijadikan medan pertempuran, maka beberapa komen negatif terpaksa dikeluarkan. Perlu Navy The Best nyatakan bahawa tujuan platform ini diwujudkan ialah untuk memeberi gambaran positif yang sebenar berkaitan TLDM kepada umum. Setiap komen yang bernas akan disalurkan kepada pihak tertentu agar dapat diketengahkan kepada TLDM.