Followers

Saturday 15 October 2011

Peningkatan Kerjaya Navy People

Kenaikan pangkat merupakan satu pengiktirafan yang amat tinggi di dalam apa jua organisasi. Sebagai sebuah angkatan perang yang kredible TLDM turut menyaksikan pemakaian pangkat beberapa pegawai kanannya beberapa hari yang lalu. YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut (PTL) telah menyempurnakan pemakaian pangkat bagi para pegawai TLDM yang berkhidmat di kawasan Lembah Klang dalam satu majlis di Auditorium, Kementerian Pertahanan.  Menjadi simbolik semasa majlis dilaksanakan apabila para isteri turut diberi penghormatan bagi menyematkan epaulette pangkat baru yang disandang kepada para suami.

 Panglima yang murah dengan senyuman
  




Menurut PTL pada tahun 2011 sahaja, seramai 213 pegawai TLDM telah dinaikkan pangkat dan melalui kenaikan pangkat ini diharapkan akan menambah dan meningkatkan motivasi The Navy People untuk terus berkhidmat dalam TLDM. Setiap The Navy People harus mempertingkatkan diri melalui penambahan nilai sendiri seperti meningkatkan kelayakan akademik, pengetahuan di dalam perkhidmatan dan pengetahuan am agar dapat dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat.
Dalam pada itu, TLDM kini sedang mengambil langkah proaktif dengan meneliti dan mengkaji tentang pelaksanaan kenaikan pangkat secara ‘time based’.  Di samping itu juga, TLDM akan menambah kekerapan pelaksanaan kursus bagi para anggota TLDM agar kenaikan pangkat juga dapat diberikan dalam jangka masa yang ditetapkan.  The Navy People juga tidak harus melupakan pengorbanan para isteri yang memberi sokongan selama ini terutama melalui aktiviti kebajikan menerusi BAKAT (L).

Navy The Best.


Sumber: Portal TLDM klik sini

1 comment:

Anonymous said...

syabas tldm