Followers

Sunday 23 October 2011

The Best Pangkalan Ever

Teringat cerita seorang rakan ketika makan di sebuah restoran tempoh hari. Katanya beliau teruja dengan Pangkalan TLDM Lumut selaku pangkalan utama TLDM. Beliau yang bersama rombongan sekolah rendahnya amat kagum dengan kebersihannya, susun atur prasarananya. Nama pintu Gerbang ‘Harimau 1’ saja dah buat orang gerun untuk memasukinya. Katanya lagi Pangkalan TLDM Lumut merupakan pangkalan tentera terbaik di Malaysia kerana semuanya wujud, seolah-olah macam satu bandar baru. Pusat membeli-belah, bowling centre, Hospital Angkatan Tentera, taman rekreasi, stadium, padang golf, kedai makan...perghhh pendek kata semuanya ada.


Pintu gerbang utama Pangkalan TLDM Lumut

            Pangkalan TLDM Lumut dibina pada Januari 1973 setelah  HMS Malaya, Woodlands Singapura. Kawasan ini dipilih berdasarkan lokasinya yang strategik bagi membina pangkalan. Sejak daripada tarikh tersebut, pelbagai pembangunan dan kemajuan yang telah dilaksanakan bagi memantapkan dan meningkatkan keupayaan pangkalan dan armada TLDM. Sistem kawalan keselamatan yang ketat juga dikenakan kepada mana-mana individu yang ingin memasuki pangkalan. Sepanjang lawatan di dalam pangkalan, mereka sentiasa ditemani oleh anggota TLDM bagi mengelakkan individu memasuki kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan masuk oleh orang awam. Bagi lawatan ke kapal pula, semua individu perlu menyerahkan telefon bimbit dan peralatan elektronik lain sebelum memasuki kapal. Ini kerana mereka sangat menitik beratkan keselamatan dan kerahsiaan negara. Begitu juga tahap kebersihan yang dipamerkan oleh setiap warga TLDM. Kapal-kapal diselenggara dan dijaga dengan baik. Setiap ruang di kapal disusun dengan kemas dan teratur. Sikap yang dipamerkan oleh setiap warga TLDM perlu dicontohi oleh setiap masyarakat di negara kita. Walaupun tidak berpeluang mengambil gambar semasa menaiki kapal namun pengalaman menaiki kapal-kapal TLDM amat bermakna dan berharga kepada mereka.


Armada TLDM

So...sebagai navy people kita semua harus bangga dengan pujian tersebut, tak salah kalau Navy The Best katakan bahawa Pangkalan TLDM Lumut sesuai dengan gelarannya “Pangkalan Tentera Yang Paling Cantik Dan Yang Terbaik Dalam ATM”. Terima kasih TLDM dan tahniah kepada navy people.

Navy The Best.

5 comments:

Anonymous said...

Gmbr kd pari pun terlepas..sure heboh pun agent singapore lolos masuk suka hati gate harimau..apa cer bro?

Unknown said...

Ibarat menakung air menggunakan kedua belah tapak tangan, walau serapat mana jari diletakkan, pasti wujud ketirisan, namun bagi yang tinggal masih banyak dan masih mampu untuk menghilangkan haus.

Anonymous said...

"Bagi lawatan ke kapal pula, semua individu perlu menyerahkan telefon bimbit dan peralatan elektronik lain sebelum memasuki kapal"
boleh pakai ke penjelasan awak tu........
jangan bohong laa

Anonymous said...

Bak kata MB Kedah..ini bkn tiris tapi bocor. Klu Tiris masih bleh tadah lagi.. ini habis bocor melimpah. Baik darat laut udara, sama aje.. eurocopter, kapal pv, kereta kebal... korang compare lah dgn harga yg negara lain beli... semua bocor kroni tadah masuk poket. Abis duit rakyat bayar cukai..yg korang pegawai2 navy pun tiap tahun bayar cukai gak..siap potong pcb lagi maki ugat ngan lhdn sebab gaji bersih kena rompak. Tak rasa kena tipu idup 2 ke korang? Ke sbb mulut kena kunci ? Tggu nak benti esok baru nak ckp benar..sudah2 lah jadi pengampu...

Anonymous said...

Jawab jgn x jawab navy the best....