Dover Straits |
Bagi
menyemarakkan semangat `Malaysia Boleh', 14 anggota ATM memilih tarikh 16 Sept
ini sempena sambutan Hari Malaysia untuk memulakan cabaran berenang merentasi
Selat Inggeris. Peserta
ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) itu dijadual
berlepas ke United Kingdom pada 24 Ogos untuk menjalani latihan penyesuaian
diri di Dover.
Peserta kini sedang sibuk berlatih membuat persiapan |
Ekspedisi
yang dianjurkan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia itu menampilkan 14
anggota daripada tiga sayap pasukan keselamatan iaitu masing-masing lima
anggota dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja
Malaysia dan empat anggota Tentera Darat.
Jarak Renangan di Selat inggeris |
Kesemua
peserta akan berenang secara bergilir-gilir sejauh 80 kilometer (dua hala)
dengan suhu air laut antara 16 dan 18 darjah Celcius selain terpaksa bersemuka
dengan kawasan perairan laluan kapal besar dan keadaan ombak tidak menentu. Mereka
akan memulakan renangan merentasi Selat Inggeris dari Dover, United Kingdom
(UK) menuju Cap Gris Nez, Calais, Perancis sebelum berpatah balik ke Dover.
RSI1M
merupakan satu ekspedisi yang dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai
Penasihat Kehormat. Antara tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada rakyat
Malaysia khususnya dan ATM untuk melakar nama di peta dunia, menjadi pasukan
Malaysia pertama melakukan ekspedisi renangan berganti-ganti secara dua hala.
1 comment:
Navy People akan terus unggul...NTB doakan kejayaan anda semua. Semoga TLDM akan terus cemerlang dan gemilang....SEDIA BERKORBAN
Post a Comment