Followers

Thursday, 19 July 2012

NILAI PENGORBANAN ANGGOTA ATM


Pengorbanan anggota tentera perlu diberi ganjaran setimpal sama ada ketika mereka masih aktif berkhidmat atau telah bersara tanpa melupakan anggota keluarga mereka. Mengingati jasa tentera tidak memadai dengan setahun sekali meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara pada Hari Pahlawan serta mengadakan tahlil di Masjid Negara.



Tentera berkorban mempertahankan negara sepanjang masa. Apresiasi lebih bermakna perlu dilaksanakan, penghargaan lebih setimpal perlu difikirkan atas segala jasa dan bakti mereka mengenang anggota tentera yang terkorban semasa berjuang mempertahankan negara. Prinsip dan etika perang di era moden tidak lagi mengandungi nilai kemanusian dan keadilan.



Dalam memenuhi misi di peringkat antarabangsa, anggota tentera kita telah mengamalkan disiplin yang tinggi, memperlihatkan sifat keinsanan yang mulia serta mengharumkan nama negara. Mereka adalah satria bangsa, mereka adalah wira negara. Malaysia mampu mencapai tahap kemajuan dalam bidang ketenteraan seperti negara-negara lain. Malaysia selalu berusaha dan merancang langkah-langkah supaya angkatan tentera Malaysia sentiasa berdikari dalam bidang-bidang tertentu.



Kemajuan tentera-tentera dalam menggunakan kapal terbang dan helikopter turut mendapat pujian dan semua pemandu kita diberi latihan yang secukupnya. Dengan adanya sekolah-sekolah latihan ketenteraan, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada negara luar dalam memberi latihan kepada pelatih. Malaysia juga mampu dan berdaya saing seperti negara luar

2 comments:

RasyidZamri said...

Perebutan Kerusi DUN Pasir Panjang Oleh Pemimpin PAS Kawasan Lumut

http://rasyidzamri.blogspot.com/2012/07/perebutan-kerusi-dun-pasir-panjang-oleh.html

Unknown said...

Aduyai.....salah ruangan Bro...tapi untuk tak mengecewakan..artikel wa dah kuarkan