Tq YAB Perdana Menteri |
Datuk
Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar
bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana
menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju
memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran
itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini. Pemberian
bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam
persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib
berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan
kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan
melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib
berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan
kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Syukur!!Pesara seperti den pon dapat RM 500 jugak!!! |
Kerajaan
sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para
pesara kerajaan," katanya. Beliau berharap langkah itu dapat membantu
mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib
berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan
dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.
- BERNAMA
- BERNAMA
1 comment:
PM 1Malaysia standard rm500 sahaja.
Rm500 juta utk rosmah
Post a Comment