TLDM kini sedang
dalam usaha untuk mengemaskini data dan maklumat peribadi semua pesara-pesara
TLDM. Usaha ini telah dilaksanakan buat sekian lama dan hampir 2000
pesara berjaya dikumpulkan sehingga hari ini. Pengumpulan data dan maklumat
peribadi seperti ini tidak ternilai pentingnya kepada organisasi TLDM bagi
mengenang jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh kesemua pesara
kepada TLDM khususnya dan ATM amnya.
Portal Rasmi TLDM |
TLDM
sentiasa prihatin dan membela kebajikan anggotanya yang berkhidmat dan tidak
lupa kepada bekas-bekas anggotanya. Sebagai anggota TLDM, kita wajar berterima
kasih kepada kerajaan yang banyak membantu dan mengambil berat terhadap
kebajikan kita. Syukur alhamdulillah, nasib warga TLDM semua sudah dibela.
Contoh Data peribadi yang telah dikemaskini |
Jadi, tunggu apa
lagi. Marilah kita mengemaskini maklumat pesara kepada yang masih belum berbuat
demikian!!
7 comments:
Pigidah...setakat sembang boleh la. Apasal baru sekarang nak ambik tau, naper dulu tak ambik tau, awat takut kita orang pangkah PKR, memang pon itu yang akan berlaku. Mana RM 3000 utk perajurit..mana dia..jawab mana dia..last-last polis yang ko bagi..apa aku bekas navy bukan perajurit ke???
rilek la bro..korang boleh pangkah apa yang korang sokong. tak kisah la pkr ke, pas ke, bn ker..itu hak masing2..tapi yang pasti penulis blog ni cuba nak beri tahu yamh kita wajar mengemaskini maklumat pesara ni.senang nak cari kalau ada masalah atau kalau ada bantuan dari kerajaan..think positif sikit la bro!!
Tapi kalau difikirkan secara logiknya, kenyataan anonymous 12:28 tu ada betulnya. Perkara sebegini nampak remeh tapi hakikatnya berat. Kenapa saya kata cam tu, sebab seolah-olah ATM ni bukan perajurit, PDRM saja yang perajurit, tidakkah orang atasan ni rasa sensitif dengan isu sebegini. Secara ringkasnya, kalau kita nak rakyat sokong apa yang diperjuangkan, jadi kita kenalah hormati sama hak rakyat, bila rakyat tegor jangan cepat melatah.
Negara kita ni milik rakyat dan bukannya milik peribadi pembesar-pembesar ataupun mana-mana parti politik. Pepatah ada berkata "berani kerana benar, tapi kecundang jika kecut".
Jadi, tunggu apa lagi. Marilah kita mengemaskini maklumat pesara kepada yang masih belum berbuat demikian!!
Banyak maklumat ada di Persatuan Bekas TLDM tiap tiap cawangan negeri dan PBTLDM Pusat
Nak kemas kini tak ada borang nya macam mana tu.
Bekas PW 1 TMK
Halo admin...aku dah letak link nko kat web aku...klik aje nick aku... tentang database pesara...aku sedang usahakan.. nanti bila aku dah up aku inform kat sini... sekarang 45% siap...
Setahu aku yg pernah membuat asas rekod ini pada tahun 1998 hingga 2001 semasa di Sekretariat MTL, ia hanya untuk Pesara pegawai sahaja...LLP tak penahpun ada sebarang usaha untuk rekod pesara...adakah pesara2 LLP ni bukan pesara TLDM...????
Post a Comment