Bravo Zulu Lt Kdr (K) Datuk Lee Chong Wei |
Demam EURO 2012 masih lagi terasa bahangnya bagi peminat tegar bola sepak. Kini demam menjelang Sukan Olimpik
London 2012 juga semangkin hampir. Berbagai persiapan dan latihan telah
dilaksanakan oleh atlet-atlet negara dalam menghadapi temasya sukan terbesar
dunia ini. Bagi jaguh badminton negara, Datuk lee Chong Wei yang sebelum ini
telah ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawan
TLDM oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, anugerah tersebut
telah memberi dorongan kepadanya dalam menghadapi Sukan Olimpik London 2012.
NTB mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei atas
penganugerahan ini dan berharap lebih ramai lagi ahli sukan profesional bagi
menyertai badan beruniform seperti PSSTLDM. Penganugerahan pangkat kehormat
adalah untuk mengiktiraf peranan sektor awam dan swasta dalam usaha menarik
minat lebih ramai golongan profesional. Datuk Lee Chong Wei dipilih berdasarkan
kecekalan beliau sebagai pemain perseorangan badminton pertama dunia selama 4
tahun berturut-turut. Ini membuktikan beliau seorang yang begitu tabah dan
gigih dalam mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Malaysia Boleh!!! |
Semoga Datuk Lee Chong Wei dapat memberikan pingat emas pertama kepada
kontinjen Malaysia pada tahun ini..Semoga berjaya.
1 comment:
Akan bertambah mantap Tim Badminton TLDM selepas ini.
Post a Comment