Followers

Thursday, 12 July 2012

JASA DAN PENGORBANAN BEKAS TENTERA


Isu bekas tentera tidak berpencen sering dimanipulasikan oleh beberapa pihak yang berkepentingan lebih-lebih lagi bila mahu menjelang PRU 13 yang akan datang ini. Sebagai seorang pesara tentera, mungkin rakan-rakan yang memuktamadkan pendirian untuk menamatkan perkhidmatan lebih awal telah maklum mereka tidak akan mendapat pencen, itu kesimpulannya dan hakiki mereka telah maklum dengan perkara tersebut.

Bekas tentera sentiasa dihargai oleh kerajaan

Namun mungkin disebabkan masalah kesihatan, keluarga atau peluang yang lebih baik datang disaat tersebut, mereka bertindak menamatkan perkhidmatan mereka. Namun kita merancang, namun tidak semua perancangan kita berjaya, sesuatu yang perlu kita akui tentang hal tersebut, namun ramai yang berhenti awal banyak yang bekerja bukannya tak bekerja. Ada yang bagus pendapatannya ada yang ala kadar, namun mereka tak pernah meminta-minta, mereka faham seperti sebelum mereka menamatkan perkhidmatan dahulu bahawa mereka tak akan dapat pencen.

Kecewa mungkin tidak berjaya!!
Ada yang bawa teksi, ada yang berniaga dipasar malam ada yang jadi security guard dan bermacam lagi kerja ,namun mereka tetap menerimanya dengan tangan terbuka, malah ada juga yang telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya namun rata-ratanya mengatakan bahawa gaji tentera di masa kini, amat selesa jika dibandingkan zaman mereka berkhidmat dahulu.


Nasihat NTB, janganlah kita meminta-minta. Semua bekas tentera boleh berjaya asalkan ada kemahuan dan hendaklah sentiasa berusaha untuk memajukan diri. Bekas tentera juga janganlah terlalu mengungkit jasa-jasa kita yang terdahulu. Kita berjuang dan mempertahankan negara kerana Allah dan anak-anak bangsa kita. Biarlah hati kita ikhlas kerana kewajipan kita pada masa tersebut ialah mempertahankan bangsa dan negara. Janganlah bekas tentera berpecah belah hanya kerana beberapa individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu kebajikan bekas tentera. Kita harus bersatu demi bangsa dan tanah air.
 

No comments: