Followers

Monday 2 July 2012

HARI TERBUKA HIDROGRAFI MERIAH


YBhg PTL merasmikan Hari Terbuka Hidrografi
Hari Terbuka Pusat Hidrografi Nasional yang disambut pada 30 Jun dan 1 Jul telah berlangsung dalam keadaan yang sangat meriah. Hampir 5000 pengunjung telah membanjiri Pusat HidrograFi Nasional sejak hari pertama pameran  dibuka kepada orang ramai. Panglima Tentera Laut, YBhg Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar telah berkesempatan untuk berkunjung dan seterusnya merasmikan Hari Terbuka Hidrografi.


Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program yang julung kali diadakan ini seperti pertunjukan pentas oleh Kombo Gelombang Biru TLDM, senamrobik bersama keluarga, pemeriksaan kesihatan, pameran (peralatan, produk, perkhidmatan dan kerjaya), pertandingan  futsal, Paintball, mewarna, soopa doopa, sukaneka dan lain-lain. Pengunjung juga boleh melihat sendiri aset-aset TLDM seperti Super Lynx dan kapal dengan lebih dekat lagi.


Tahniah dari Navy The Best kepada TLDM kerana berjaya melaksanakan aktiviti seperti ini. Ramai rakyat marhaen di luar sana ingin sekali melihat sendiri keunikan dan cara hidup navy people dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Bravo Zulu!!!

Well Done Royal Malaysian Navy





No comments: