Followers

Tuesday 24 July 2012

BEKAS TENTERA CEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN



Kolaborasi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Perwira Niaga Malaysia (Pernama) dan Singer menjadi platform bekas anggota tentera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan khususnya peruncitan. Pengurus Besar Pernama, Datuk Ab Wahab Khalil berkata, menerusi kolaborasi itu, ketiga-tiga pihak telah memilih 30 bekas anggota tentera dan menyampaikan sijil ejen jualan kepada mereka.

Laksamana (B) Tan Sri Ilyas menyampaikan sijil kepada peserta


Menurutnya, penerima sijil akan dilantik sebagai ejen jualan selama tiga hingga enam bulan bagi mendapatkan pendedahan mengenai perniagaan runcit barangan elektrik dan kelengkapan rumah. “Selepas tempoh tersebut, mereka akan menjalankan orientasi bersama Singer. Bagi ejen berminat membuka kedai sendiri akan dibantu mengenal pasti lokasi strategik. “Pelaburan sebanyak RM30,000 diperlukan bagi pembukaan sesebuah kedai yang dilengkapi dengan stok jualan,” katanya selepas menyampaikan sijil ejen jualan kepada 30 penerima di Sungai Buloh.



Pengerusi Perhebat, Laksamana (B) Tan Sri Ilyas Din berkata, rentetan kejayaan program usahawan francais Pernama, 7-Eleven dan Perhebat pada 2009, kini mereka mengambil inisiatif menjalin usaha sama bersama Singer. 

Sumber: Sinar Harian

No comments: