PENASIHAT
Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi
elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi
penganas Jemaah Islamiah (JI).
Reaksi spontan Kit
Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman
Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen
Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks
sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Bagi golongan muda
yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu
mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut,
tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling
dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi
cacing kepanasan beliau.
Sejarah awal
penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura
(People’s Action Party - PAP ) yang di tubuhkan pada tahun 1954.Antara pelopor
awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.
Sejurus Singapura
berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu
di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.Maka untuk meneruskan agenda PAP yang
100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, Ahli Parlimen Bangsar ketika itu
berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru
dipanggilParti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana
mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama.
Devan Nair lalu
menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action
Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.DAP yang baru
ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai
pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Dari segi lambang
parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di
Malaysia dan PAP di Singapura.
Apabila DAP dan
Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada
pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.
DAP menggunakan
kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa
Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di
Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.
Menurut Laporan
rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun
Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan
kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu
menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.
Sehari setelah
melenting, Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu ingin
bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei
berulang.Tujuannya ialah untuk menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13
Mei dan membasuh tangannya yang berlumuran darah rakyat tidak berdosa
yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.
Slogan yang
dicanang oleh Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan
perarakan mereka yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah
"Malai si" yang bermakna "Mati Melayu".
Pada 11 Mei
penyokong DAP berteriak:-
"Apa polis
boleh buat, kita raja. Buang sama polis Melayu."
Di Jalan Bukit
Bintang pada hari yang sama, DAP melaung:
"Mati Melayu,
sakai pergi masuk hutan."
Di Jalan Changkat
Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa:
"KL sekarang
Cina punya."
Sehari kemudian
pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit:
"Melayu balik
kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah
'control'."
Malah sejarah
mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di
hadapan orang Melayu ini denga berkata:
"Melayu
keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa."
Keesokan harinya
pada 12 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus
melaungkan:
"...semua
Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."
"Apa ini
Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya,
mata-mata lancau."
Hari yang sama
mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:
"Butuh
Melayu, Malai si, pergi mati Melayu."
Di Jalan Bukit
Bintang, DAP pula berkata;
"Ini negeri
bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."
5 comments:
perlu kaa perkara ni diungkit balik. pillpuss@yahoo.com
sekadar perigatan kepada kaum sepet sahaja...dan yang terdekat semasa kempen anti lynas,tetapi perkara ini tak di heboh takut terjadi sekali lagi peristiwa hitam negara.
peringatan yang baik untukORANG MELAYU YANG MUDAH LUPA>>>
perkara sebegini jika difikirkan secara am nya tidak harus dibangkitkan kembali namun mengikut arus perjalanan politik negara sekarang,peristiwa 13 mei bakal berulang andai kata kita bangsa yang pernah dicatitkan didalam sejarah tidak diingatkan kembali..Perjalanan agenda politik zaman ini memungkinkan berulangnya kemabli peristiwa 13 MEi.Saya bukan penyokong mana mana parti politik tapi saya sayangkan bangsa saya.
sangat perlu
Post a Comment