Followers

Friday 13 July 2012

RENTAS SAMUDERA BAKAL MENGGEGARKAN

Chef Lan Pet-pet tak akan menghampakan
Dalam diam tak diam TLDM dan bantuan pengarah filem/drama terkenal tanah air iaitu Aziz M. Osman telah menamatkan keseluruhan penggambaran telemovie TLDM yang diberi nama 'Rentas Samudera'. Penggambaran Telemovie ‘Rentas Samudera’  dilihat mampu bersaing dengan penerbitan sedia ada hasil tindakan berani penerbit, Mejar (B) Mahadhir Mahideen menggunakan peralatan teknikal yang setanding dengan penerbitan filem seperti kamera, kesan bunyi, tata cahaya lampu dan Computer Generated Imagery (CGI) selain dibarisi pelakon-pelakon handalan. Ini merupakan platform bagi menarik penonton untuk menyaksikan telemovie penuh aksi ini.
Terbaekkk
Penggunaan KD PAHANG dan beberapa kapal milik TLDM sebagai platform penggambaran dilihat mampu menjadikan telemovie ini antara yang terbaik pernah dihasilkan di Malaysia.
Kalau belom pencen...dah tontu-tontu Den iolah heronya
NTB yakin bahawa penayangan telemovie ini dapat memberi implikasi positif kepada TLDM dan Angkatan Tentera Malaysia secara keseluruhannya dan INSYAALLAH akan mampu melonjakkan imej TLDM.

Thumbs Up dan SYABAS juga kepada Pegawai dan anak kapal KD Pahang yang semestinya telah bersusah payah untuk menjayakan telemovie berkenaan!
Navy The Best

No comments: