Followers

Tuesday 17 July 2012

PERSIDANGAN PERSATUAN BEKAS TLDM 2012

PTL bergambar bersama pesara yang hadir

Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar TLDM telah merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas TLDM (PBTLDM) kali ke – 5 bagi tahun 2012 di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada 15 Jul 12. PTL sebagai wakil Yang Dipertuan Agong turut  menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada wira tanah air bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka dalam TLDM.

Penyampaian pingat PJM kepada wira TLDM
PTL berasa amat bangga dengan penggabungan persatuan-persatuan bekas TLDM di bawah satu persatuan dan berjaya menubuhkan cawangan di tiga belas negeri dan juga telah menubuhkan Koperasi Pesara TLDM (M) Berhad bagi membantu ahli-ahlinya dari segi sosio-ekonomi.  TLDM juga bertekad untuk menjaga segala perihal kebajikan TheNavy People, tidak kira yang masih berkhidmat mahupun yang telah bersara.

PTL beramah mesra bersama pesara yang hadir
PTL menegaskan bahawa peranan persatuan itu amat penting kerana ia menjadi tali penghubung di antara agensi-agensi berkenaan dengan bekas-bekas TLDM yang memerlukan.  Ia secara tidak langsung akan mewujudkan hubungan profesional di antara pesara dengan agensi terlibat selain dapat mengeratkan kembali hubungan silaturrahim yang telah terbina sejak sekian lama di kalangan ahli-ahli persatuan serta warga TLDM yang masih berkhidmat.

PTL merasmikan persidangan
Pesara-pesara TLDM seharusnya berbangga atas sumbangan yang telah diberikan oleh mereka kepada pembangunan TLDM.  PTL turut merakamkan penghargaan kepada PBTLDM yang memainkan peranan dalam menjaga kebajikan pesara-pesara TLDM.  Ianya menepati misi persatuan untuk memastikan kebajikan ahli terpelihara dan setiap objektif persatuan tercapai.

Well done and keep it up ex navy people

2 comments:

angah_lar best said...

Salam.
Saya Firdaus ursetia Persidangan Warga Emaas.
Saya ingin mohon alamat persatuan untuk dihantarkan surat jemputan.
Terima Kasih.

angah_lar best said...

Salam.
Saya Firdaus ursetia Persidangan Warga Emaas.
Saya ingin mohon alamat persatuan untuk dihantarkan surat jemputan.
Terima Kasih.