Followers

Tuesday, 14 February 2012

70 TAHUN PERGINYA LT ADNAN


Pengorbananmu tidak akan dilupa

Paparan ini tiada kena-mengena dengan TLDM. Namun Navy The Best berpendapat tidak salah kalau dipaparkan artikel ini sebagai menghargai pengorbanan jasa wira Negara. Tanggal 14 Febuari sering dikaitkan dengan Hari Mengingati Kekasih atau lebih sinonim dengan Valentine Day. Namun jarang yang ambil tahu bahawatanggal 14 Febuari juga adalah tarikh keramat dimana tahun ini genaplah 70 syahidnya Leftenan Adnan di Bukit Chandu, Singapura.

Al Fatihah kepada Allahyarham Leftenan Adnan Saidi yang maut dalam menjaga kedaulatan Negara di tangan Jepun. Sebagai anak watan yang masih wujud, ayuh kita ambil semangat juang beliau untuk menentang musuh negara baik dalam apa jua landasan tidak lain DEMI UNTUK MEMPERTAHAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Navy The Best

6 comments:

Anonymous said...

Perjuangan yang memang kita kena respek sebab nak carik semangat macam Arwah Lt Adnan memang susah nak jumpa sekarang, banyak yang ada selalunya berselindung disebalik perjuangan masing-masing demi menjaga imej dan masa depan diri sendiri.

Usop Sontorian said...

Dah lama Wak tak jengah blok navy ni..sejak akhir-akhir ni badan Wak selalu saja lemah. Wak runsing betollah. Wak jarang sangat dapat buka komputer lagipun modal Wak banyak guna dekat warung yang Wak baru buka. Apa pun hari ini bila Wak jengah blok navy ni Wak terpandang gambar Lt Adnan. Wak dah pernah pergi dah ke tempat dia ni di Bukit Chandu masa Wak pergi Singapura dulu. Bila Wak tengok patung Yamashita tu Wak rasa macam nak terajang saja..kononnyalah. Tapi sayang juga sebab bila Wak tanya penjaga tempat tu kat mana Lt Adnan digantung, dia pon tak pasti, tapi katanya pokoknya ada lagi.

Itulah, kalau kita kat Malaysia ni dah tentu pokok tu bertanda sebagai bahan sejarah. Tapi elok juga Singapura buat macm itu sebab, kalau ditandanya pokok tu ramai pula yang datang menurun nombor ekor.

Anonymous said...

Saya tak tahu sangat pasal citer ni tp saya pernah tengok mv dia. Memang best dan meremang bulu roma. Naper la tv Mesia ni tak siarkan pasal Lt Adnan lagi ye pada 14 aribulan.

Askar Setia said...

Salam... Mohon siar artikel berkenaan di blog saya..

www.askarsetia.blogspot.com

Navy The Best said...

No prob Bro ASKAR SETIA, ratah saja. Kita sama-sama memperjuangkan ATM dan kedaulatan negara Malaysia tercinta.

Anonymous said...

kwn lt.adnan ckp,beliau gugur kt bkt.chermin bkn bkt chandu..