Panglima Angkatan Tentera |
Lawatan Panglima
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Pangkalan
TLDM Lumut merupakan lawatan beliau yang pertama ke sana..Beliau disambut oleh
1,000 orang pegawai dan anggota TLDM.
"ATM akan terus
memastikan kebajikan anggota serta keluarga dalam ketiga-tiga perkhidmatan
tentera terus dijaga dan dibela. Beliau berkata, tanggungjawab itu turut
dipikul semua pegawai atasan bagi memastikan kebajikan semua anggota di bawah
jagaan mereka sentiasa dijaga"
Panglima Angkatan Tentera dan Ketiga-tiga Panglima Perkhidmatan |
"Mereka
(anggota) adalah modal insan yang penting kepada negara. Secanggih mana sekali
pun aset atau peralatan, namun jika modal insan tidak berkualiti, pasukan akan
gagal mencapai apa yang ditetapkan."Selain itu, kita juga akan kalah dalam
pertempuran disebabkan modal insan yang tidak berkualiti serta lemah,"
katanya ketika berucap pada Taklimat Ulung Panglima ATM.
Panglima ATM
juga menegaskan agar semua mahu kemudahan perubatan, pelajaran anggota
serta keluarga, perumahan dan infrasruktur sentiasa dijaga setiap
masa. Beliau turut menyarankan supaya budaya kerja yang diamalkan anggota
TLDM dicontohi organisasi lain termasuk Tentera Darat (TD) dan Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM).
"Hasil
lawatan kerja sehari mendapati warga TLDM berjaya mentadbir urus
pangkalan dan semua aset dengan baik. Sebagai contoh,
kira-kira 5,000 unit rumah kediaman anggota di sini tetap cantik... terpelihara
walaupun sudah berusia lebih 30 tahun. Begitu juga dengan aset
lain... masih boleh berfungsi dengan baik hasil penyelenggaraan berkala yang
dijalankan. Syabas dan tahniah kepada semua anggota," katanya.
Navy the best mengucapkan terima kasih atas kesudian YBhg Panglima Angkatan Tentera untuk mengunjungi Pangkalan TLDM Lumut. Semoga Tan Sri akan selalu datang lagi ke sana..Fair Wind and Following Sea!!!!
2 comments:
Biasalah Bro navy, tempat paling bersih dalam Malaysia Bro....
Sebab tu TLDM boleh jaga aset dia selama berpuluh-puluh tahun tanpa ada masalah...
Post a Comment