Selalunya NTB guna bahasa
baku dalam mengolah sesuatu isu, namun ramai yang tidak berpuas hati dan ada
juga yang kurang faham..terutamanya orang-orang kampong NTB..justeru izinkan
NTB guna sekali bahasa kampong NTB kot-kot mana tahu mereka faham…dan kali ni
memang macam kereta api kat India panjangnya.
Ado sebuah komen dari
pengunjung yang NTB raso kono kongsi dan menjomput pengunjung untuk bori komen,
komen dio berbunyi begini…
Paling penting dalam
kita berbicara adalah realiti dan kenyataan! Cakap bukan boleh sebarang
cakap,cakap biar berfakta! Berapa kali pernah buat bancian dgn penderitaan yang
ditanggung oleh BEKAs anggota TLDM? Bila ORG bercakap soal kepincangan,Fitnah!
apa yang benar,bagi tahu dan sanggah dengan fakta1 Jangan duk asyik dgn ulitkan
fitnah...fitnah...bila menulis asyik duk COPY N PASTE dari blog TLDM
je...nampak sangat integriti boleh dipersoalkan! Memberi buah fikiran biarlah
ada CLASS sikit! Kalau tak setuju dengan KAWAn tu,balas je dengan fakta dan
sanggah hujahnya....ni pusing2 x kenang budi....pusing2 fitnah,itu je ke duk
ngaji sebelum pencen. Nanti satu satu didedahkan KEBAIKKAN TLDM dan KEPINCANGAN
perlaksana,nak?
Terima kasih atas
komen saudara Anon 1139. Biarlah Den rungkaikan kemelut persoalan pertamo
saudaro. NTB sememangnya minat terhadap TLDM secara mendalam dan berblogging
bukanlah rutin harian mahupun mata pencarian NTB. Namun selepas bersara,
perasaan untuk melihat perkembangan TLDM masih kuek di hati, namun apokan dayo
Bhai..dah pencen. Paparan yang dibuat sememangnya diolah semula dari Portal
TLDM bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan orang-orang kampung NTB, paling
tidak warga Gemas tidak mendapat dakyah buruk pihak tertontu terhadap TLDM.
Namun ada kalanya NTB terpaksa meluahkan apo yang terkandung di lubuk hati NTB apabila
terlalu ramai pihak yang bertujuan menjatuhkan imej TLDM.
Jawapan bagi
soalan seterusnya mudah saja, dah tontu-tontu Den ni orang pencen Bhai, Den tak
raso pon masalahnyo, tak do lah pulak Den tanggung penderitaan sebagaimana yang
cuba saudara Anon gambarkan. Bukan Den bongkak ko sombong ko hapa ko..bukan Den
sorang, ramai lai kek sini Bhai, yang buek kobun ado, yang bolo lombu ado, yang
bukak restoran ado...Den jomput kau datang sini, kau cariklah..baik kek Gomeh,
Pasir Bosa, Sg Kelamah, Tampin, Gomenceh..kau sobut sajo. Bolum Den jumpo
sorang pon yang hidup melarat.
Sobab tu Den
kobaan..bilo dah pencen buek caro pencen..cariklah kojo Bhai, tak salah Do
kalau kau poi motong..apo disobabkan maso kau dalam navy dulu kau jadi incas
mako sekarang kau nak kokalkan caro kau...buleh..tapi merano lah kau Bhai. Kito
ni konolah rajin, kalau kito dah tahu nak bosa kan anak, konolah rajin
berusaha. Berbelanjo tu kono lah jimat..kalau kau asyik berpolitik, cerito
pasal kefedapan kau kek kodai kopi…mako ranaplah kau Bhai. Tak salah kalau kau
nak berburak, jumpo kawan lopeh semayang asar..tapi berpado-padolah..
Kau cakap
kerajaan tak perihatin…Den tak setuju..Banyak ruang yang disediakan oleh
kerajaan, sebagai contohlah kalau kau tak tahu..bantuan Mara ado..secaro
percumo Bhai untuk kau memulokan perniagaan kocil-kocilan. Dokek JHEV pon ado
sediokan program pinjaman teksi baru-baru ni, kalau mohon tak do yang tak dapek
do..Lopeh tu dokek pejabat pertanian program pekobun kecil dan banyak lagilah...kito
konolah mencari Bhai, takkanlah kau nak rezeki datang bergolek dopan mato
kau..Lopeh tu masoklah persatuan bekas TLDM. Kau tengok kek Negeri Sembilan
ni..Mail Pundut dah dapek Datuk dah sekarang...itu GI Den dulu tu. Apo sobab…dio
rajin dan berjayo dalam hidup…Ado pegawai kek lumut tu RSd dah dapek
Datuk..siap ado limbungan..Manjung Mari sendiri kojo kek dockyard lumut..yang
penting kojo Bhai…
Barang
naik..memanglah barang naik kalau dah negaro maju..hargo pon konolah naik…tak
kan lah kau nak dari zaman bolum porang jopun ssampai sekarang hargo kelapo
kokal 80 sen…nayolah Den Bhai..den konolah jual seringgit setongah..ini tidak
kau asyik nak salahkan orang sajo..salah kerajaanlah..salah navylah..cubo kau
kaji Bhai apo pasal Cino tak pornah komplen..dio totap berniago..Den tahu kau
nak cerito pasal Buku Jingga Bhai…Den dah tahu dah trik kau…Den dah bacolah
risalah tu…mengarut yang lobih…
Nasihat Den, kojo
Bhai kono rajin..tapi kalaulah kito tergolong dalam kumpulan yang sembilan
tu..ha..memanglah sorik Bhai..sobab tu dulu, navy dah kobaan jangan dibuek hal,
jangan hisap dadah, jangan kau buek masalah...ini tidak kau nak jugak tunjuk
hero kau..kau hambiklah..Maaflah Bhai, den cukup tak goma dongan jonih sembilan
kumpulan tu, kau nak kato apo kau katolah..
Pasal tak konang
budi..itu memang kenyataan. Kau bayangkan Bhai, kau masok navy cumo dongan SPR,
navy bagi kau SPAT..mungkinlah kau terpelajar..pangkat bosa..tapi bagi Den
kalau dah tahu kito ni berpelajaran rondah, dapek kojo gaji tinggi, dapek poi
kursus, buleh melawat negaro orang, cukup maso poi bord naik pangkat..lulus
naik pangkat, apo itu tak cukup ko. Bilo beronti kau boleh poi kursus sampingan
dan peralihan..belajar percumo siap dapek gaji ponuh Bhai..apo tak cukupkah…
Kau nak cerito
pasal kepincanganlah.. pasal nak dodahkan masalah kepimpinan lah…apo kato Bhai
kito dodahkan dulu kepincangan dan masalah serta kepincangan kito sendiri.
Setelah semuo tu di buek..kau nak doodah kau dodahlah..tapi Den berani jamin
kau tak akan doodah kepincangan diri kau..sobab jarang orang nak londehkan
seluar sendiri..yang kito tahu nak londehkan seluar orang yo..sobab apo..nak
bori dio malu..biar padan muko dio..kito ni Bhai jangan piker tinggi
sangat..kalau setakat kito leading..kito fikir secara leading..kalau kito duo
balak setongah..kito fikir setakat duo balak setongah…apo sobab…banyak yang
kito tak tahu Bhai. Kalau kita tahu sekalipun dah tontu-tontu cetek…Den mungkin
bori contoh yang tak pandai..tapi Den nak jugak bori satu contoh…kau nampak bawak
wheel kapal to sonang, bilo budak seaman bawak kau komplen kapal dipandu macam
ular kono palu…kononnya bondo sonang pon tak boleh nak buek…nah kau cubo tengok…kesimpulannya
mudah Bhai..bondo yang kito Nampak dopan mato selalu sonang, tapi bilo kito
sendiri yang kendalikannya bolum tontu kito terdayo Bhai….
Navy The Best
3 comments:
Saudara, terimakasih atas respon. apapun setinggi2 penghormatan atas penjelasan yang diberi.
Ada banyak kebenaran kata2 Bhai tu tetapi TARAf dan daya pemikiran yang dimiliki agak perlu dipertingkatkan tidak hanya terkurung dengan APA yang ada dan APA yang selesa sekeliling sahaja!
Zaman telah berubah,budaya hidup pun telah menapak kedepan. Tahap pemikiran Bhai tu sesuai dengan cara TIDUR kat situ,tandas kat situ dan makan kat situ. Apa yang berlaku kat luar BHAIakan jawab, apo lagi yang dicari? mai sini...tandas ado,makan ado, tidur pun boleh...yang perlu usaha Bhai...! Betul apa yang Bhai cakap tu.....Cuba tanya anak2 Bhai,sesuai ke apa yang ayah cakap ni? anok2 Bhai MALU Bhai! Tapi dah org tua,tak nak di gelar anak derhaka, terima ajelah.....itu ke yang Bhai nak?
Cerita pasai Londeh, yang Bhai duk buat tu betul ke? Hukum mana? kitab mana? kita ni kalaulah dgn amal ibadat kita SAHAJA yang akan dinilai syurga atau neraka,apa yang BHAI buat tu betul le...tapi kalau macam ni macamana? Sampaikanlah satu ayat walaupun ianya pahit untuk diperkatakan atau Jika berlaku/melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ditegah dengan perbuatan....dgn patah perkataaan dan selemah-lemah iman adalah cukup dgn kau membencinya. Bhai nak putar camana? Taaaak masuk syurga diperingkat ILMU yang tuhan beri untuk manusia BHAI bila kita FIKIR kita je!
Bhai, tanggungjawab dengan budi pun Bhai tak dapat nak beza?
bhai duk cerita mail pundut,duk cerita Datuk yang duk kat G1 tu....kalau tak guna duit dan tak bodek....haram nak dapat Datuk Bhai..Atas Platform Bekas perajurit dan angguk semua bukan takat Datuk, Tan Sri pun dapat tu Bhai.Bhai tahu berapa KONTRAK yang dia pegang dan siapa kabel yang dia ada? Gini jelah Bhai....BHAI memang dah berkarat dengan ideologi yang dah ditanam dalam otak bhai, maaf ye Bhai sebab kita kena jujur!
Nak bagitahu Bhai, kalau lah nak berbangga, dgn apa yang ada hari ini, tak payah nak dibalas pun Bhai punya kenyataan tu..dah selesa sangat dah pun tuhan bagi rezeki,tak bangga pun dengan DATUK!
Cuma satu je....Bhai kena ingat.....anak buah,saudara mara kita yang masih kat NAVY tu perlukan SOKONGAN kita bukan takat pujian kita. Anggota DTM berada didalam penderitaan yang amat teruk. Bhai nak tahu sok DEN cerita.......
A very good discussion in this blog and it seems to me that Navy The Best is walking alone in order to support the navy. In my humble opinion, RMN should be proud to have people like you, having a strong effort to share good things about the navy. Somehow rather, there are few commentators who can't tolerate with your idea claimed to be indoctrinated with corrupt's mind which I personally didn't agree. It's alittle hard for me to understand the article since it was written in Negeri's, but after gone through the issues, I totally agreed with you. Keep it up and may your effort benefitted the navy.
Sila juga NTB buat komen sikit atas pegawai tertinggi TLDM yang tak sambung perkhidmatan kerana dik membenarkan PAPAGOMO joint dan buat liputan dalam kapal KD RAZAK (kapal selam)baru baru nie. Mana dia keselamtan yang sering TLDM jaga sangat tu?
Post a Comment