Adakalanya NTB rasa terharu dengan luahan hati
bekas warga TLDM yang telahpun bersara, ada yang dakwa mereka merempatlah, ada
yang dakwa mereka tak cukup makanlah, ada yang dakwa tak ada kerjalah dan
berbagai lagi. Sebagai contoh nyata
ialah kenyataan berikut yang NTB petik dari blog Manjung Mari:
“Zambry hanya pandai berjanji - Bekas Tentera Desak Tunai Janji. Dasar
manusia-manusia yang bermazhab UMNO....Untuk warga
TLDM Lumut,, sedarlah,,, anda dalam perkhidmatan tak ada apa-apa masaalah, apa
bila pencen nanti baru terasa alam dunia baru,, dunia orang awam,,,, gaji
tinggal separuh, segala bentuk elaun dah tak ada...anak-anak semakin
membesar,,, nak harap UMNO.... tak payahlah....
Buat apa Hj Imran nak sibuk,,,
kalau ikutkan beliau dah pencen dah boleh hidup senang dah,, tetapi
mengenangkan kawan-kawan yang lain,, maka terpaksa perjuangan diteruskan .....”
Persoalan yang wujud ialah; adakah benar warga TLDM
yang telah bersara mengalami kesukaran dalam hidup? Adakah benar mereka
merempat? Adakah benar mereka tak cukup makan? Subhanallah...janganlah dibuat
tohmahan sedemikian. Belom pernah saya jumpa yang sedemikian. Mungkin ada
tetapi berlandaskan sebab-sebab berikut:
(1)
Yang dibuang dengan keji dari perkhidmatan
(2)
Yang diberhentikan sebab dadah
(3)
Yang diberhentikan sebab masalah disiplin melampau
(4)
Yang disuruh pergi kursus naik pangkat, tapi tak
nak pergi, nak elak naik kapal, kekal dengan pangkat yang disandang, pencen
dapat sikit
(5)
Yang sememangnya telah salah gunakan wang ganjaran
berhenti
(6)
Yang masih tidak mahu berubah, hanya tahu nak
goyang kaki, dalam service kuat belit
(7)
Yang dari dulu sampai sekarang suka berhutang
(8)
Yang tak pernah bersyukur
(9)
Yang pendapatan cuma sekole beras tapi masak
sekawah
Bukanlah niat NTB untuk menghina mahupun menjatuhkan sesiapa,
namun itulah hakikat yang kita perlu terima. Kenapa serba-serbi kita perlu
kaitkan dengan politik, macam dah ada isu lain yang hendak diketengahkan.
Kenapa kita tak ketengahkan bekas TLDM yang dah berjaya, kenapa MAnjung Mari
tak dedahkan rahsia mereka. Ini tidak, segalanya nak dikaitkan dengan TLDM dan
politik.
1 comment:
Paling penting dalam kita berbicara adalah realiti dan kenyataan! Cakap bukan boleh sebarang cakap,cakap biar berfakta! Berapa kali pernah buat bancian dgn penderitaan yang ditanggung oleh BEKAs anggota TLDM? Bila ORG bercakap soal kepincangan,Fitnah! apa yang benar,bagi tahu dan sanggah dengan fakta1 Jangan duk asyik dgn ulitkan fitnah...fitnah...bila menulis asyik duk COPY N PASTE dari blog TLDM je...nampak sangat integriti boleh dipersoalkan! Memberi buah fikiran biarlah ada CLASS sikit! Kalau tak setuju dengan KAWAn tu,balas je dengan fakta dan sanggah hujahnya....ni pusing2 x kenang budi....pusing2 fitnah,itu je ke duk ngaji sebelum pencen. Nanti satu satu didedahkan KEBAIKKAN TLDM dan KEPINCANGAN perlaksana,nak?
Post a Comment