Syabas dik... |
Maktab Rendah Sains Mara Terendak yang majoriti penghuninya adalah anak-anak warga ATM telah berjaya mengharumkan nama negara apabila ciptaan mereka memenangi pingat emas di Pameran Reka Cipta Pemuda Antarabangsa, Taiwan pada 11 hingga 13 Februari lalu. Selain itu ciptaan mereka turut mendapat perhatian khas beberapa syarikat baik dalam mahupun luar negera untuk membeli hak cipta tersebut. Tiga pelajar
tingkatan lima Maktab tersebut iaitu adik Muhammad Dhiyauddin Asyraf Abd. Jalal, Mohd. Syafiq Abd. Aziz dan Mohamad Nazmi Mohamad Norrizal telah membuat penemuan baru dalam aspek tenaga iaitu dengan menghasilkan sel garam bagi menjana tenaga elektrik. Ianya adalah sebagai alternatif kepada bateri sel kering yang digunakan kini. Inisiatif mereka bertiga tidak harus diperkecilkan dan ianya membuktikan bahawa anak-anak warga ATM mampu untuk diketengahkan sekiranya diberi peluang.
"Cuba kita kaitkan kejayaan 3 penuntut Maktab berkenaan dengan satu pepatah yang berbunyi: kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi"
Navy The Best
Sumber: BERNAMA
No comments:
Post a Comment