Followers

Thursday 16 February 2012



Sebagai sebuah keluarga yang harmoni, kepimpinan TLDM amat menganjurkan warganya agar sentiasa maju dalam kerjaya masing-masing, tidak kira di dalam apa jua lapangan yang diceburi. Sebagai buykti yang nyata, YBhg Panglima Tentera Laut YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar telah menyampaikan Skim Insentif Sukan TLDM kepada para atlet TLDM yang telah berjaya menyumbang pingat di Sukan SEA ke-26 di KD SRI GOMBAK pada 14 Feb 12. Turut hadir salam majlis tersebut ialah Pengarah Majlis Sukan Negara; YBhg Dato’ Zolkples bin Embong, pegawai-pegawai kanan TLDM serta seramai 133 orang atlet TLDM yang terdiri dari persatuan-persatuan sukan TLDM.

Sebagai seorang bapa, ketua tertinggi di dalam TLDM, YBhg PTL, menerusi ucapannya benar-benar rasa bangga kepada atlet-atlet TLDM setelah berjaya menyumbangkan sebanyak 21 pingat daripada keseluruhan 132 pingat yang dikutip oleh kontigen Malaysia. Lebih membanggakan beliau ialah apabila sembilan pingat emas yang berjaya diperolehi merupakan sumbangan dari atlet TLDM. Kecerian yang terpacul pada raut wajah YBhg PTL jelas membuktikan keikhlasannya dalam melahirkan rasa bangganya. Atas sebab itu jualah, YBhg PTL telah menyampaikan sumbangan peribadinya kepada atlet-atlet TLDM yang mengambil bahagian dalam acara berpasukan. 

Dalam majlis tersebut juga, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz juga menyampaikan rasa puas hatinya di atas komitmen dan kesungguhan semua peringkat pengurusan persatuan sukan TLDM dan atlet –atlet terlibat yang telah banyak membantu dan menyumbang kejayaan TLDM untuk menjuarai Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan sebanyak empat kali berturut –turut iaitu pada 2008, 2009, 2010 dan 2011.

Tahniah untuk semua Atlet Navy People dar Navy The Best

Sumber: Portal: TLDM

No comments: