Followers

Thursday, 23 February 2012

WARGA TLDM DI KUANTAN JANGAN TERPENGARUH DAKYAH KOBAT



Cukup hairan bila memikirkan sesetengah blogger Pro Pakatan Pembangkang yang dilihat terdesak dalam apa jua aktiviti yang mereka anjurkan. Terkini ialah seruan sebuah laman blog, KOBAT PKR yang secara terang-terangan cuba menghasut warga ATM agar bersama mereka untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0 yang akan dilakukan di Kuantan, Pahang. Kononnya perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman dan tidak bermotifkan politik. 
Navy People bijak dan matang dalam berfikir
Dah tentu-tentu ianya bertujuan untuk menentang projek Lynas dan penganjurnya pula Pakatan Pembangkang, justeru nampak sangatlah ianya bermotifkan politik. Warga ATM terutamanya TLDM perlu tahu bahawa ATM adalah APOLITIKAL, tak ada faedahnya nak join perhimpunan haram anjuran Pakatan Pembangkang tu....tak ada faedahnya. Kita semua pun tahu nawaitu sebenar Pakatan Pembangkang, mereka hanya janji manis sahaja lepas tu akan hentam TLDM dari belakang. NTB nampak motifnya satu sahaja, kalaulah warga TLDM hadir untuk aktiviti haram tersebut, maka mereka akan manipulasikan bahawa ATM/TLDM bersama menyokong Pakatan Pembangkang. So tak payahlah nak join tak tentu pasal...kat sana tu berbagai orang ada yang yang perlu kita ingat ialah MATO-MATO GOLAP
Ya Allah jauhilah ibu-bapa aku dari terlibat dengan perhimpunan haram yang sememangnya haram ni...
Ingatlah bahawa awak semua pekerja kerajaan dan tertakluk kepada dua akta, akta ATM dan akta Awam. Ingat sikit masa depan keluarga dan anak-anak, jangan diturut kata dan hasutan Pembangkang yang ternyata berniat jahat. Sebarang pembabitan warga di dalam demonstrasi itu kelak akan mengundang pelbagai spekulasi negatif terhadap ATM. 

Navy The Best

4 comments:

Usop Sontorian said...

Kenapalah ramai sangat yang berniat jahat nak rosakkan akidah anggota TLDM ni. Wak rasa sedih yang teramat sangat. Kepada sahabat-sahabat Wak serta anak-anak didik Wak yang masih berkhidmat dalam navy Wak harap janganlah terpengaruh dengan hasutan blok KOBATPKR ni.

Anonymous said...

Ek eleh, apa kata kalau aku hambik cuti, ada salah???? Kalau orang tengah peralihan, apa lu boleh bikin????

Unknown said...

Apa jua alasan yang kita beri baik bercuti atau sedang menjalani latihan peralihan bukanlah satu penyebab kukuh untuk kita melibatkan diri dengan PERHIMPUNAN HARAM ini. Kenyataan Anon 0353 NTB berpendapat bukanlah berniat negatif, naum nasihat NTB elakkanlah diri daripada terbabit dengan gejala yang boleh merosakkan masa hadapan kita, menjatuhkan imej perkhidmatan dan yang paling utama simpatilah dengan keluarga kita, anak-anak kita. Elok dapek gaji 2-3 ribu, kono tangkap, masok jail dah kono buang kojo. Sanggup ko bangkit pagi poi motong..

Anonymous said...

Salam kemaafan boss, bukan smua Navy people pro krajaan, klu pemerintah itu yang cekap, bersih dan amanah pemerintahannya kenapa plak harus kita sanggah. Bukankah itu yang di perintahkan oleh Allah untuk kita taati dan patuhi. Oleh itu kena berfikir sedalamnya mana yg lebih baik dan menjadi contoh dan perlu disokong. Allah juga menghendaki kita berhijrah kepada suatu natijah yang lebih baik. Apakah kita takut untuk berhijrah kepada suatu pembaharuan jika itu boleh memberikan cita-cita dan harapan yang diharapkan. Usahlah kita asyik leka dan lena untuk mudah ditindas dan digula-gulakan. Rakyat inginkan perubahan dan jaminan keselamatan yang lebih cekap dan amanah, dan kita sebagai warga ATM yang dibayar hasil cukai dari wang rakyat harus sama-sama membantu untuk suatu perubahan. Mengapa kita mesti takut utk berubah, sedangkan darah kepahlawanan yang mengalir ini disia-siakan utk hanya melihat kaku akan sikap kerakusan pemimpin yang hanya mahu mengumpul kekayaan, sedangkan rakyat kebanyakan merintih sedih dgn kesusahan kehidupan yang semakin pedih dgn kenaikan harga barang yang tak pernah turun, alasan pemerintah dunia global yang tak menentu, namun dalam masa yang sama habis harta rakyat dirompak dgn lahapnya. Jgn kita buat-buat tak nampak....!!! atau percaya buta tuli dgn kenyataan pemerintah, ini semua helah pembangkang yg hanya utk melaga-lagakan. Lihat Navy People...!!! sedikit demi sedikit telah ditampilkan pembongkaran penipuan pemimpin yg mana hak rakyat selama ini dinafikan yang sepatutnya diberikan semula utk rayat tetapi telah dihilangkan dan selewengkan tanpa kita sedari. Pengalaman hidup di negara asing menjadi ukuran, bahawa kita rakyat amnya dan Warga ATM khasnya, sedar selama ini rakyat telah ditindas oleh pemerintah yg hanya tahu mengenyangkan temboloknya sahaja disamping kroni yang kuat mengampu utk mendapatkan habuan. Rakyat yang dibawah hidup kesengsaraan. Pesanan penulis, jgn kita termakan dgn kenyataan pemimpin, bahawa kehidupan kita sekaranga adalah lebih baik dan aman dari negara jiran, sedangkan perasaan di hati kecil kita ini sebenarnya, tidak tenteram dgn berita jenayah dan tahap keselamatan yang membimbangkan melibatkan harta benda dan hatta nyawa sendiri melayang. Kalau kita perhatikan kenapa kebanyakkan setiap rumah di Malaysia perlu dipasang gerill dan sistem amaran kecurian, bukankah itu petanda yg kita tidak aman dari jenayah kecurian? berapa banyak kes samun dan ragut yang sering kita dengar, sehingga ada yg hilang nyawa mempertahankan hak sendiri. Dan malangnya kita warga ATM yg diharapkan oleh rakyat utk menjaga ketenteraman dlm negara semasa aman, telah GAGAL melaksanakan amanah yg dipertanggungjawabkan, apakah jawapan yg bakal kita nyatakan nanti di mahkamah ALLAH di akhirat kelak? Sila fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan wahai Navy People.....!!! sekian wasalam