Followers

Tuesday 14 February 2012

EKS MILAN 2012 ERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI TENTERA LAUT




Mengikuti sesebuah latihan di laut merupakan cabaran bagi setiap warga seaman kerana menerusinya kecekapan, pengetahuan, skill akan dapat dinilai. Namun itu semua tidak menjadi halangan bagi Pemerintah dan warga KD SELANGOR yang terpilih untuk menyertai MILAN 2012 di Port Blair, India. Pelayaran yang bermula pada 30 Jan dan diduga dengan lambaian gelombang benar-benar menguji ketabahan warga kapal. Namun berteraskan ‘Imej TLDM Didahulukan dan Kredibiliti KD SELANGOR Diutamakan’, tiada halangan yang mampu menggugat mereka. Ketibaan di jeti Port Blair, India pada 1 Feb sekali lagi merangsang semangat juang yang telah tersemai apabila disambut meriah oleh kumpulan pancaragam dan navy children school

MILAN merupakan aktiviti dua tahun sekali yang berorientasikan menyemai hubungan persahabatan antara lautan melalui aktiviti kerja, sukan dan sosial. Selain KD SELANGOR (Malaysia), turut serta ialah negara sahabat lain seperti Brunei, Indonesia, Australia, Bangladesh, Maldives, Mauritius, Myanmar, New Zealand, Filipina, Seychelles, Singapura, Sri Lanka dan Thailand. 
CO khusyuk..
Resepsi kapal pada malam 1 Feb merupakan pembuka tirai bagi warga Port Blair mengenali KD SELANGOR. Acara diteruskan dengan perlawanan bola sepak menentang Indonesia dan Bangladesh.  Walau bagaimanapun, KD SELANGOR terpaksa berputih mata di peringkat semi-final. Krew kapal turut menyertai sukaneka yang diadakan di MILAN Ground.

Selain itu, KD SELANGOR turut dibuka untuk lawatan dengan jumlah sebanyak 1760 pelawat dalam masa lima jam. Ternyata kehadiran aset bongsu TLDM mampu menarik minat negara sahabat dan warga Port Blair tanpa mengira cuaca yang panas dan kering pada waktu tersebut. Bagi aktiviti sosial pula, MILAN 2012 melaksanakan pelbagai aktiviti seperti malam kebudayaan yang menyaksikan setiap negara memperkenalkan makanan dan kebudayaan kepada negara sahabat disamping beramah mesra tanpa mengira bangsa dan warna kulit.  Manakala, majlis beach party dilaksanakan di Coconut Groove bagi meraikan anggota dari setiap negara manakala pegawai diraikan pada malam mesra di Ross Island.
Opp...hati-hati
Panglima Markas Wilayah Laut 3 iaitu Laksamana Pertama Dato’ Mior Rosdi bin Dato’ Mior Mohd Jaafar bersama Pegawai Memerintah KD SELANGOR, Kdr Azhar bin Baharum turut terlibat dengan beberapa seminar, table talk dan perbincangan sepanjang berada di Port Blair. Acara kemuncak MILAN 2012 adalah city parade yang membariskan kontijen dari Angkatan Tentera India iaitu Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara bersama kontijen negara sahabat yang lain. Acara yang penuh warna warni ini turut dihiasi oleh kumpulan pancaragam Polis Andaman dan Nicobar serta Tentera Darat dan Tentera Laut India.

Setelah lima hari berkampung mengabadikan pengalaman dan kenangan, tanggal 6 Feb KD SELANGOR belayar meninggalkan Port Blair dan menyertai PASSEX bersama KDB Darulaman ke Pelabuhan Lumut. 

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

2 comments:

Anonymous said...

Syoknya jadi tentera laut kan. Boleh kenal tempat orang, boleh shopping, syoknya. Kalau tldm wanita boleh naik kapal juga ke.

Anonymous said...

Sekarang nie pun dah ramai kaum hawa yang kerja kat atas kapal tu...