Anak-anak kapal adalah segala-galanya bagi sebuah
kapal dan tidak dapat lari ‘CO’ yang sering digelar sebagai Old Man adalah
bapanya. Pertalian antara mereka cukup akrab, walaupun berlainan bangsa dan
anutan, namun mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Sebagai
seorang bapa, tentunya beliau akan memberi sedikit perhargaan kepada anak-anak
yang berjaya dalam hidup sebagai contoh peperiksaan, konsep ini sebagai
pemangkin kepada anak-anak yang lain untuk turut sama maju dan berjaya dalam
hidup. Dalam memenuhi tuntutan tersebut, KD MAHAWANGSA telah mengambil langkah
yang sama dengan menghargai anak-anak kapalnya melalui konsep Anugerah Bintara
dan Laskar Terbaik KD MAHAWANGSA. 2012 adalah langkah baru bagi KD MAHAWANGSA untuk
merealisasikan aktiviti tersebut sekaligus sebagai pembuka tirai untuk aktiviti
kualiti kapal.
Navy The Best
Sumber: Portal TLDM
No comments:
Post a Comment