Colours...sejak pencen ni dah lama tak tengok istiadat ni |
“Markas Pilihan Nombaor 1” itulah moto baru yang
diterapkan oleh PANGWILA 1 terhadap warganya. Atas keperluan tersebut jugalah
beberapa projek penambahbaikan infrastruktur pangkalan termasuk bangunan
markas, Auditorium Al-Haimi, Café One, Shoppe One, Astaka Bola Sepak dan Lapang
Sasar disasarkan bagi membuktikan kesungguhan MAWILA 1 dalam usaha merealisasikan
moto tersebut.
Anugerah kepada warga yang cemerlang, tahniah.. |
Sebagai langkah awal, PANGWILA 1 telah menyatakan hasrat itu
melalui perbarisan tahunan markas tersebut. Beliau menasihatkan semua warga MAWILA
1 agar terus menjaga kemudahan tersebut dengan baik demi keselesaan dan
kesejahteraan seluruh warga Pangkalan TLDM Tg Gelang di sepanjang masa. Selain
itu, beliau juga mahukan semua warga MAWILA 1 serta unit-unit bawah naungannya
supaya terus meningkatkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi bagi
mengelakkan imej MAWILLA 1 terjejas.
Selain itu, PANGWILLA 1 turut menaruh harapan untuk
MAWILA 1 menggondol kejuaran di dalam Sukan Mini Olimpik TLDM kelak dan mahukan
semua atlet yang terlibat memberikan komitmen yang tinggi bagi mengharumkan
nama MAWILLA 1.
Navy The Best
Sumber: Portal TLDM
No comments:
Post a Comment