Followers

Monday, 13 February 2012

Kdr Nur Mahani Inspirasi Warga Wanita TLDM


Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak pernah dihalang malah digalakkan oleh kepimpinan tertinggi TLDM. Kenalkah kita semua dengan seorang pegawai wanita pertama berketurunan Orang Asli di dalam TLDM. 
Kdr Nur Mahani

Komander Nur Mahani Che Mat TLDM merupakan wanita pertama dalam ATM yang menerima pembiayaan penuh menyambung pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Kewangan di Universiti Wollonggong, Sydney, Australia. Beliau bakal mengikut jejak langkah suaminya, Komander Nur Azmel Awaludin, 40, yang turut melanjutkan pengajian di universiti sama dalam bidang Polisi Maritim. Inilah bukti kepada warga TLDM yang lain bahawa TLDM menganjurkan warganya untuk terus maju kehadapan, bak kata pepatah "Di mana ada usaha, disitu ada jalan".

Kdr mahani yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu bersyukur kerana diberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyifatkan tawaran tersebut sebagai cabaran kepadanya sebagai seorang isteri, ibu dan anggota TLDM.

"Saya berterima kasih kepada TLDM kerana memberi peluang kepada saya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dan sudi memberi pembiayaan penuh dalam usaha saya mendapatkan Ijazah Sarjana. Walaupun gembira dengan tawaran serta pembiayaan tersebut, saya sedar cabaran yang menanti selepas ini lebih besar kerana saya memikul beban banyak pihak yang ingin melihat saya berjaya selain perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan pelajaran. Bagaimanapun, saya tidak mahu ia menjadi batu penghalang untuk mencapai kejayaan. Saya akan pastikan, saya pulang dengan segulung Ijazah Sarjana serta merealisasikan hasrat kepimpinan tertinggi TLDM."

Asisten Ketua Staf (Sumber Manusia), Laksma Yaakub Husin menyifatkan pemberian pembiayaan itu kepada Nur Mahani sebagai titik tolak kepada perkembangan karier warga wanita dalam TLDM dan ATM. Menurut Laksma Yaakub; "Kami memilih Nur Mahani kerana beliau merupakan seorang anggota yang memberi komitmen tinggi sewaktu menjalankan tugas, berdisiplin serta mempunyai rekod bersih. Kami berharap Nur Mahani akan menjadi sumber inspirasi kepada anggota wanita lain. Kami juga berdoa dan berharap beliau pulang dengan kejayaan."

Syabas oleh Navy The Best

1 comment:

Anonymous said...

Kalau nak diikutkan ramai lagi yang dapat keistimewaan seumpama baik diperingkat bawah mahupun atasan. TLDM sering anjurkan warganya supaya teruskan belajar, tengok K-Force sebagai bukti, semua warga yang berkelayakan diberi peluang. Aku ingat nak masok jugak K-Force tu tapi, bila balik rumah tengok anak dekat setengah dozen, masa pulak kurang (yang sebenarnya MALEH nak pegang buku) so terbantutlah nawaitu tu..apa pon bagi yang muda-muda rebutlah peluang yang TLDM berikan.

Nasihat aku, jangan didengar sangat cerita-cerita kurafat kat luar tu, sbb mereka yang kat luar tu semuanya nak menjatuhkan imej navy...maklumlah kecewa...