Followers

Monday, 22 April 2013

125,000 VETERAN TENTERA SOKONG KEPIMPINAN PM


Kami Sokong PM

Seramai 125,000 anggota Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berjanji akan memberi mandat besar kepadanya untuk terus mentadbir negara. Presiden PVTTB, Mohd. Sabri Abdul Malek berkata, anggota persatuannya percaya hanya Barisan Nasional (BN) mampu menjaga kebajikan mereka dan mentadbir Malaysia menjadi sebuah negara yang maju.


“Kami berdiri di belakang BN dan menyokong penuh Perdana Menteri kerana selama ini kerajaan tidak pernah lupa jasa PVTTB dan sentiasa menjaga kebajikan veteran tentera,” katanya pada majlis Ekspedisi Nostalgia Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kepala Batas semalam. Majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi itu dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Veteran Tentera Sentiasa Dihargai

Sementara itu, Mohd. Sabri mengingatkan anggota PVTTB agar tidak terpengaruh atau percaya dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa bekas pegawai tinggi ATM yang kini menyertai kem pembangkang. “Jangan sesekali percaya tuduhan mereka terutama berkaitan pembelian aset negara, ia semua fitnah dan mereka bukanlah pegawai tentera sebenar kerana telah mendedahkan rahsia kerajaan. “Mereka juga sebenarnya orang yang kecewa kerana cita-cita untuk menjadi calon BN tidak kesampaian dan bertindak sedemikian bagi memburukkan negara terutama ATM,” katanya.

Sumber: Bernama


No comments: