Persatuan Veteran
Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Cawangan Terengganu menyeru pesara tentera
memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum
ke-13 (PRU-13).
Yang Dipertuanya
Alias Ab Razak berkata ini kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan dan
sentiasa membela nasib tentera yang tidak berpencen. Katanya, tidak dinafikan
ramai di kalangan kami dahulu merupakan pro pembangkang setelah merasakan tiada
pihak yang prihatin dan mahu membela nasib askar pencen namun kini mereka telah
kembali ke pangkal jalan.
"Saya akui
dahulu kami agak kecewa dengan kerajaan yang seakan tidak menghiraukan nasib
kami sebagai askar yang tidak berpencen dan kami mengerahkan tulang empat kerat
ini bagi mencari pendapatan selepas tamat perkhidmatan. "Hasil daripada
program transformasi yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru ini, hati kami
telah kembali terpujuk dan mula sedar dengan usaha kerajaan yang tidak
putus-putus membantu seperti pemberian 'One-Off' sebanyak RM1,000 kepada bekas
askar," katanya.
Alias berkata
pemberian dan keprihatinan kerajaan tidak terhenti di situ sahaja kerajaan kini
sedang menimbang permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan sara hidup bagi
meningkatkan taraf ekonomi bekas tentera tidak berpencen kerana sebahagian
besar mereka bekerja sendiri.
Menurutnya
pemberian 'One-Off' turut dapat dinikmati oleh balu askar tersebut. Jelasnya
sehingga kini seramai 2,000 askar yang tidak berpencen di seluruh negeri
mendaftar sebagai ahli dan pihaknya sedang berusaha untuk mengesan lebih ramai
askar yang tidak berpencen mendaftar di bawah persatuan itu.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment